Majlis Fatwa Kebangsaan
pada persidangannya di Kota Baharu, Kelantan pada 24 Oktober 2008 mengeluarkan
fatwa pengharaman pengkid iaitu wanita menyerupai lelaki.
Sebelum ini, kumpulan
keliru gender menyembunyikan sifat mereka kerana masyarakat tradisional kukuh
dengan jati diri dan komitmen agama menekannya daripada terdedah kepada
khalayak. Kini, kumpulan terbabit bukan saja semakin terdedah, malah berani menonjolkan
diri di khalayak sehingga menjadi trend terbaru.
Ada yang menilai kumpulan itu secara positif kerana dominasi pemikiran liberal yang tidak didukung landasan agama. Tidak ada agama yang menghalalkan perbuatan golongan tiruan itu kerana Allah melaknat mereka seperti ditunjukkan dengan jelas dalam al-Quran.
Ada yang menilai kumpulan itu secara positif kerana dominasi pemikiran liberal yang tidak didukung landasan agama. Tidak ada agama yang menghalalkan perbuatan golongan tiruan itu kerana Allah melaknat mereka seperti ditunjukkan dengan jelas dalam al-Quran.
Berbeza dengan kumpulan
'jadian', Islam mengiktiraf gender khusus secara alamiah disebut khunsa yang
bermaksud lembut. Pengkid juga termasuk dalam kategori sama dengan pondan yakni
menyerupai gender berbeza.
Menurut syarak, khunsa
seseorang yang diragui jantinanya sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada
langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya.
Aada dua jenis khunsa
iaitu ghayr musykil (khunsa mudah ditentukan kecenderungan seksnya) dan khunsa
musykil (sukar ditentukan).
Jika khunsa ghayri
musykil, status wuduk dan ibadahnya menyerupai kaum ditentukan (sama ada lelaki
atau wanita). Jika khunsa itu sudah disahkan perempuan, batal wuduk jika
bersentuhan dengannya.
Penetapan posisi mereka
dalam solat sudah ditetapkan oleh jumhur yang menyatakan khunsa mesti berada di
barisan ketiga selepas dewasa, kanak-kanak lelaki dan khunsa selepas itu baru
wanita.
Oleh itu, selain
golongan yang disebut dan diiktiraf dalam agama dengan alasan lain seperti
psikologi, putus cinta, patah hati, desakan sosial, pengaruh kawan serta
persekitaran dan sebagainya, mereka sebenarnya adalah kumpulan 'jadi-jadian'.
Kumpulan ini yang patut diberi perhatian sewajarnya dan perlu dibanteras supaya
tidak menimbulkan kecelakaan kepada peradaban manusia sejagat.
Kelakuan songsang mereka
bukan saja menimbulkan malapetaka dan penyakit bahkan meruntuhkan struktur
sosial semula jadi dalam keluarga kerana tidak lagi wujud ibu dan bapa. Keadaan
ini tentu membahayakan keturunan serta kesinambungan zuriat yang tidak mungkin
terhasil dan berterusan sebab kelahiran anak adalah mustahil daripada hasil
hubungan luar tabii ini.
Malangnya, masyarakat
kini seolah-olah bukan saja menghalalkan percambahan pengkid atau pondan, malah
seperti menggalakkannya untuk diperakui sebagai sebahagian daripada masyarakat
berasaskan prinsip toleransi dan kebebasan hak asasi individu. Sikap ini
yang menyuburkan lagi penularan gejala buruk berkenaan.
Sudah tiba masanya kita melihat perkara ini secara serius dan
mengambil tindakan membendungnya seperti penyalahgunaan dadah, rompak dan
jenayah kerana tindakan kumpulan itu sebenarnya lebih buruk daripada jenayah
biasa. Mereka ialah penjenayah sosial dan agama yang
bakal meruntuhkan struktur tamadun manusia di muka bumi ini.
Ada pihak menyarankan
pendekatan berhemah dengan menggunakan kaunseling dan nasihat dalam
menanganinya, namun tindakan perundangan termasuk menyediakan akta khusus
berkaitan tingkah laku itu dan penalti setimpal juga mesti diwujudkan.
Tindakan ini penting
untuk membantu proses penguatkuasaan supaya kumpulan berkenaan tidak mudah
terlepas apabila penguatkuasaan ingin dilaksanakan terhadap mereka. Adalah
melucukan, malah menyakitkan hati apabila mereka sering terlepas daripada
tindakan kerana tidak wujud akta yang boleh membabitkan mereka dengan pelbagai
perlakuan termasuk menculik dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Mereka bertindak lebih
berani kerana seolah-olah terlepas daripada tindakan dan kalis undang-undang.
Kita perlu bersikap lebih adil kepada pihak berkuasa yang seperti tenggelam
punca apabila berdepan keadaan tidak diundang berhadapan dengan kumpulan itu.
Kewujudan akta khusus
bukan saja boleh dijadikan alat membanteras gejala berkenaan, tetapi pada masa
sama mampu mengekang perkembangan fenomena terbabit dan berupaya mempamerkan
kesungguhan kerajaan mengatasinya. Keadaan ini turut memberikan amaran,
menggerunkan dan menjauhkan individu lain supaya tidak terjebak dalam arus
serupa.
Masa berpolemik
sepatutnya tidak berlanjutan. Segalanya perlu diterjemahkan dengan tindakan
kerana jelas ancaman itu bukan bersifat terpencil. Fenomena ini boleh dilihat
di mana saja, pada sebarang ketika dan boleh menimpa sesiapa saja tanpa mengira
status pangkat, strata sosial atau kedudukan ekonomi, bangsa atau agama.
Semua pihak mesti
menunjukkan sikap tidak bertolak ansur, membenci, menolak malah menghalang
segala tindak tanduk dan ancaman kumpulan penjenayah sosial dan agama ini
daripada terus berleluasa. Kita mesti katakan tidak kepada gender jadian yang
sudah menjadi barah masyarakat.
Tindakan serta-merta
mesti dilaksanakan mengikut kuasa sedia ada sementara menanti akta khusus
terhadap golongan itu. Apa atau di mana saja mereka bercambah maka menjadi
kewajipan masyarakat untuk membasmi, mencegah, memantau dan menyalurkan
maklumat supaya kita tidak lagi ditimpa musibah dan kemurkaan Allah seperti
kaum Nabi Luth.
Kita khuatir jika
masalah ini tidak dicegah dan dipandang remeh. Menghalalkan perbuatan mungkar
yang besar dosanya. Maka sampai ketika apabila kita tersedar sudah terlewat
untuk bertindak.
No comments:
Post a Comment