Banyak berita disebarkan tidak
tepat atau agak-agak sahaja. Pihak yang mendakwa sebagai sumber berita sendiri
sebenarnya tidak pasti atau hanya andaian.
Ambil sahaja peristiwa harimau
'jinak' yang tersesat dan berkeliaran di Kampung Besol Lama, Bukit Besi,
Dungun, Terengganu pada 18 Julai 2019.
Penduduk mendakwa sepasang
harimau belang tersesat dan berkeliaran di kampung berkenaan. Maka tersebar
berita mengatakan seekor jantan dan seekor lagi betina. Macam-macam pengecaman
dibuat untuk dijadikan bukti bahawa dua ekor itu ada sepasang iaitu jantan dan
betina.
Namun, dalam cerita yang tersebar
itu, tiada seorang pun dapat membuktikan dia nampak harimau yang dikatakan
sepasang itu pada masa sama atau berada berdua berdekatan pada masa sama.
Dakwaan mengatakan dua ekor itu
hanya satu andaian berdasarkan cerita individu berlainan yang melihat seekor
harimau dengan pengecaman atau penerangan berbeza mengenai harimau itu.
Berdasarkan cerita itu, maka
dirumuskan bahawa ada dua ekor harimau dan dikatakan pula ia adalah sepasang.
Ambo tidak mempertikaikan
kemungkinan memang ada dua ekor dan sepasang seperti yang didakwa itu. Namun,
yang ingin diajak dijadikan renungan ialah adakan hanya berdasarkan kepada
cerita yang tidak dipastikan, maka ia dijadikan sebagai satu perkara yang betul
dan mendapat liputan meluas pula di media arus perdana mahupun media sosial.
Sehingga catatan
ini dibuat, kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) Terengganu hanya berjaya menangkap seekor sahaja dari dua ekor yang
didakwa.
Jika benar
ada dua ekor dan jinak, rasanya tidak sukar untuk Perhilitan menangkap kedua-duanya.
Jadi, berapa ekor sebenarnya harimau yang merayau-rayau masuk kampung berkenaan?
Pengajaran kisah tersebut ialah banyak berita yang tersebar tidak semestinya benar biarpun telah tersebar secara meluas.
Pengajaran kisah tersebut ialah banyak berita yang tersebar tidak semestinya benar biarpun telah tersebar secara meluas.
No comments:
Post a Comment