Thursday, 12 September 2019

BAHAYA BASIKAL LAJAK


Kegilaan terhadap basikal lajak semakin menjadi-jadi. Di mana-mana sekarang ini boleh dilihat kanak-kanak dan remaja menunggang basikal lajak.

Dinamakan basikal lajak kerana basikal terus bergerak selepas berhenti mengayuh. Perkara itu dilakukan apabila basikal dikayuh laju sebelum berhenti mengayuh.

Paling ketara lajaknya jika ia dilakukan menuruni bukit atau dari tempat tinggi ke kawasan lebih rendah.

Basikal digunakan untuk aktiviti lajak biasanya tidak mempunyai spesifikasi yang selamat untuk ditunggang kerana telah diubahsuai mengikut citarasa masing-masing.

Penggunaan basikal lajak ini sangat berbahaya kerana ia tidak mempunyai brek dan ciri-ciri keselamatan termasuk tayar dan alat pemegang yang lebih kecil dari basikal biasa.

Sudah banyak berlaku kes kemalangan melibatkan penunggang basikal lajak. Mereka menunggang dengan cara berbahaya dengan melakukan aksi seperti mat rempit.

Kumpulan penggemar basikal lajak ini kebiasaannya menghabiskan bukan puluhan malah ratusan ringgit bagi melakukan modifikasi basikal seperti menukar rim plastik agar lebih ringan, meluruskan pemegang atau handle, membuang brek tangan dan merendahkan ‘fork’ depan agar mudah menampung badan mereka.

Saman boleh dikeluarkan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana mengubahsuai basikal tanpa brek dan loceng

Basikal ini diubahsuai daripada reka bentuk asal terutama pada bahagian 'handle' basikal yang nampak lebih kecil.

Ini menyebabkan remaja terbabit menunggang dengan cara lebih membongkok seolah mudah untuk berlumba. Malah, tayar yang dipasang juga pelbagai saiz dan berwarna-warni yang menyerlahkan gaya basikal terbabit. 

No comments:

Post a comment