Wednesday 11 September 2019

GALERI PAKDO SIMPAN KOLEKSI PERIBADI

Galeri Pakdo ialah sebuah koleksi (seakan muzium peribadi Pakdo) yang terdiri daripada pelbagai buku, majalah terpakai, peralatan eletronik terpakai, cincin permata, CD, VCD, kaset, DVD, topi, kopiah, baju aktiviti, gambar aktiviti, gambar seni dan budaya, key chain dan beberapa alatan yang pernah digunakan.

Galeri Pakdo bukanlan perpustakaan walaupun barangan yang terbanyak dipamerkan adalah buku dan bahan bacaan.

Galeri Pakdo juga bukanlah gerai atau kedai buku walaupun ada sebahagian buku dijual sekiranya ada yang memerlukannya.

Galeri Pakdo bersedia menerima jika ada sesiapa ingin menyumbangkan bahan untuk dipemerkan.

Galeri Pakdo dibuka kepada sesiapa saja yang nak berkunjung percuma sahaja dengan hubungi Pakdo terlebih dulu melalui telefon atau whatsapp www.wasap.my/60145452948

Galeri Pakdo terletak kurang lebih 100 meter dari hentian kereta api Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

No comments:

Post a Comment