Wednesday 18 September 2019

IKAN PUYU MUDAH DITERNAK

Ikan puyu kini banyak diternak di dalam kolam kerana permintaan tinggi. Harganya boleh mencecah antara RM10 hingga RM20 sekilogram. Ikan puyu juga dipanggil ikan betok atau ikan betik.

Pencarian atau menangkap ikan puyu di habitat asal seperti di sawah, parit, paya dan sungai tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi.

Maka, cara paling sesuai untuk memenuhi permintaan tinggi terhadap ikan puyu ialah menternak di dalam kolam. Terdapat dua jenis kolam iaitu kolam tanah dan kolam konkrit atau kanvas.

Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana rupa bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air.

Ikan puyu dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan dan mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita.

Sebenarnya ikan puyu adalah sejenis ikan yang paling mudah diternak kerana ikan tahan perubahan air, susah mati dan boleh makan apa sahaja.

Usaha menternak ikan puyu mampu memberi hasil lumayan kepada mereka sekiranya diusahakan dengan pengurusan kolam yang teratur dan terancang.

No comments:

Post a Comment