Wednesday 18 September 2019

BAKA IKAN PUYU SIAM TAHAN LASAK

Ikan puyu popular di kalangan penduduk tempatan kerana mudah ditangkap di bendang, sawah, paya, sungai dan kolam. Ikan puyu ditangkap dengan cara memancing, memukat dan menjala.

Ikan puyu boleh dibuat pekasam, dikeringkan ataupun lebih sedap digoreng mahupun digulai lemak.

Beberapa spesis ikan puyu yang lazim terdiri dari dua jenis ikan puyu jenis puyu siam dan ikan puyu kampung.

Spesis ikan puyu siam ini boleh didapati di kawasan paya air payau. Ikan ini berwarna coklat. Mulutnya runcing sedikit dan terdapat bintik bintik. Puyu jenis coklat ini memang ada di seluruh negara bukan sahaja di Siam, tapi di Malaysia kita dipanggil puyu siam.

Berat induk betina puyu ini boleh mencapai 600 gram seekor. Anak ikan puyu siam lebih tahan lasak dan pembesarannya lebih cepat berbanding ikan puyu kampung tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup.

No comments:

Post a Comment