Wednesday 18 September 2019

BAKA IKAN PUYU CHUMPHON F1

Ikan puyu kini banyak diternak di dalam kolam kerana permintaan tinggi. Harganya boleh mencecah antara RM10 hingga RM20 sekilogram.

Pencarian atau menangkap ikan puyu di habitat asal seperti di sawah, parit, paya dan sungai tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi.

Maka, cara paling sesuai untuk memenuhi permintaan tinggi terhadap ikan puyu ialah menternak di dalam kolam. Terdapat dua jenis kolam iaitu kolam tanah dan kolam konkrit atau kanvas.

Antara jenis baka ikan puyu mendapat permintaan tinggi ialah baka Chumphon F1 dari Thailand. Kelebihan baka Chumphon F1 ialah dari segi saiz fizikal yang lebih lebar seperti ikan talapia, isi agak tebal dan warnanya hijau kekuningan.

Dalam tempoh tiga hingga enam bulan, benih ikan puyu yang diternak ini mampu mencecah 150 gram sehingga 300 gram seekor.  
 
Ikan puyu kaya khasiat, antaranya untuk mengubat masalah lemah tenaga batin.  

Ikan puyu boleh dibuat pekasam, dikeringkan ataupun lebih sedap digoreng mahupun digulai lemak.

No comments:

Post a Comment