Wednesday 9 October 2019

MRI GUNA MEDAN MAGNET KESAN PENYAKIT

Sekarang ini perkataan MRI sering disebut dalam istilah perubatan atau kesihatan. MRI atau Magnetic Resonance Imaging merupakan kaedah pengimejan diagnostik yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej komputer tiga dimensi.

MRI telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai Pengimejan Resonan Magnet (PRM). Namun penggunaan istilah dan kependekan itu jarang digunakan.

Sejarah MRI telah bermula di awal tahun 1970-an apabila kajian mendapati sifat magnetik nukleus atom boleh digunakan untuk menghasilkan imej tubuh manusia.

Pada 2 Julai 1977, prototaip mesin MRI pertama telah berjaya menghasilkan imej tubuh manusia yang seterusnya menjadi titik tolak perkembangan MRI sehingga ke hari ini.

Pengimbasan MRI merupakan satu kaedah untuk melihat tubuh manusia tanpa menggunakan sinaran mengion seperti Sinar X. Oleh itu, ia tidak akan memberi kesan biologi sinaran kepada manusia dan juga tidak menyakitkan sepertimana dalam pembedahan.

MRI digunakan untuk membantu mengesan atau diagnos penyakit seperti kanser, ketumbuhan yang tidak normal, kecacatan pada organ dalaman atau fisiologi sesuatu organ pada tubuh manusia.

MRI sangat sesuai untuk mengesan penyakit pada bahagian tisu lembut seperti otak, jantung, saraf tunjang, payudara, salur darah dan lain-lain lagi.

Pemeriksaan MRI memerlukan pesakit berada dalam keadaan stabil, tenang dan tidak banyak bergerak semasa pemeriksaan bagi mengelakkan artifak pada imej.

Pesakit yang tidak berupaya berbuat demikian seperti bayi dan kanak-kanak, akan diberikan ubat pelali (sedation) bagi menghalang pergerakan dalam bilik pemeriksaan.

Pesakit yang mengalami gejala claustrofobia iaitu tidak selesa pada kawasan yang sempit dinasihatkan untuk tidak meneruskan pemeriksaan.

Pesakit normal biasanya tidak mengalami masalah semasa pemeriksaan MRI dan mereka akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan selesai.

----------

Setiap orang mengalami pengalaman dan tanggapan berbeza mengenai proses yang pernah dilalui. Di sini disalin dan tampal pengalaman atau catatan di FB:  

Pengalaman berada dalam ini amat-amat takut dengan ruang sempit dengan bunyi macam-macam....

Hny yg taw hy pesakit sj yg akan rasa perit..tp tu la...demi mcari penyakit yg tiada phujung bgku
Tahun 2014
Tahun 2016 (17/5/2016) dan 22.8.2016
Tahun 2018

4x buat MRI tanpa ubat tido...tp skitku tiada phujung..hy yg taw sj taw hy yg mengerti ay taw bertapa sakit ..

Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur...

Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru MRI mengenai proses MRI.

Sebagaimana yang dah diketahui. Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.

Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.

Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI. Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka (mcm nk main ragbi). Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.

Kemudian juru MRI meletakkan satu alat di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.

Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, tekan alat ne Pesannya.

Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan...

Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.

Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI. Sempitnya!

Bunyi tembakan mula kedengaran. Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi mcm pukulan kayu.

Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.
5 minit pertama, aku okey. aku mula rasa nk menelan air liur mula sesak nafas, sakit dada

Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit. Bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.

Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
 
Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepda juga pakar neuro.
 
Ya Allah, aku takut himpitan kuburMu...

No comments:

Post a Comment