Tuesday 8 October 2019

NYAWA SANGAT RAPUH, TIADA TEMBOK PENGHALANG

Nyawa sangat rapuh... bila sampai masa Allah ambil, tak diundur walau sesaat...

Pagi semalam pokcik man tak lalu makan nasi ayam yang dia request dari isterinya.

Amboiii pokcik ilir pokcik belako nih makan...kata aku suko la menyakat
Nasi ayam sohor tepi Masjid Muhammadi nih, katanya senyum.
Tetapi, dia makan semulut dua... "tak lalu"

Semalam, dia muntah darah. Pekat dan bertongkol-tongkol. Itulah yang berlaku mula2 kami masuk wad bilik kubikel kardio ini..

Batuknya tegang, darah keluar pekat... tetapi dua hari lepas kami hadir, Afrizam Arif dan Cikgu Shukri selalu membawa pokcik man gembira... pokcik man suko bergurau, menyanyi dan menghiburkan orang lain.

Katanya dulu dia kerja JPP tapi panje lebar hal kerja kami tak ambik detail sangat.

3 hari tanpa muntah berdarah dan semalam dia kembali muntah.

"Hello, mari la kat Abah, rasonya abah tak lamo doh ni, mutoh darah, letih sangat," dia menghubungi anak2... dan kemudian anaknya segera berada di sampingnya sehingga jam 10 malam.

Tidurnya lena semalam. Tak batuk2 dan pagi hari dia beritahu Afrizam, smale kito tidur molek.

Ia berlaku sebentar sahaja. Kami penjaga diminta duduk di luar ketika doktor 'round'.

Kata Afrizam, ketika itu dia mahu ke tandas, tetapi lama sungguh bilik tandas terkunci.

Rupa2nya pokcik man rebah dalam tu dan pintu tandas terpaksa dipecahkan.

... dan begitulah pengakhirannya... pokcik man pergi buat selama-lamanya... Innalillahi wainnailai hirojiun...

Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman... aamin

Catatan:
Kisah benar diambil dari FB Soah Ismail
(Gambar sekadar hiasan)

No comments:

Post a Comment