Sunday 24 July 2022

STATUS OKU TIDAK HALANG ROSLAN HULUR BANTUAN

  
Ini Roslan Ismail. Dia kategori orang kelainan upaya (OKU). Roslan tinggal di Pulau Seratus, salah satu kepulauan di delta Sungai Kelantan di jajahan Tumpat. 
 
Biarpun berstuatus OKU, Roslan insan hebat. Dia yang lebih dikenali Abe Lan atau Lan Pulau Seratus adalah aktivis kemasyarakatan dan kesukarelaan tegar yang menyumbang bakti untuk kebaikan dan kesenangan orang lain. 
 
Dia yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan apabila mula terlibat dengan aktiviti belia melalui persatuan belia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyaraktan dan kesukarelaan. 
 
Bermula sejak lebih 30 tahun lalu, Roslan tidak jemu-jemu untuk terus membantu orang lain sebagai mungkin biarpun dalam keadaan keupayaan yang terbatas. 
 
Semangat kesukarelawan dan kemasyarakatan Roslan membantu penduduk diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Anugerah terbaharu diterima adalah Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022. 
 
Selain Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016, 2017) disampaikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 
 
Senarai anugerah lain diterima Roslan;   
- Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021   
- Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996)  
- Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)   
- Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN (2018)   
- Anugerah Belia Kelantan (2019)   
- Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016) 
 
Jadi, tidak hairan jika ada pemimpin datang atau aktiviti di kepulauan, Roslan akan dijemput bersama atau dilibatkan untuk menjayakannya. Dia menjadi ikon penduduk pulau.
 
Roslan tidak mampu berjalan akibat mengidapai polio semasa kecil akan bergerak dari satu pulau ke satu pulau dengan menggunakan ATV ataupun motosikal roda tiga, selain menggunakan bot dari jeti ke jeti.

No comments:

Post a Comment