Friday 2 September 2022

KEM REKREASI INTAN SURAYA SUNGAI SIPUT

   
Kem Rekreasi Intan Suraya (KRIS) merupakan salah satu kawasan untuk berehat dan bersantai sama ada secara individu, berkumpulan atau keluarga. KRIS mempamerkan keindahan alam flora dan fauna yang unik bukan sahaja untuk ditonton tetapi dihargai dan diabadikan sebagai khazanah paling berharga di bumi ini. 
 
Terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Sungai Siput (U) dan 23km dari bandar Diraja Kuala Kangsar. Persekitaran yang cantik, tenang dan panorama pasti memberi kepuasan kepada setiap pengunjung. 
 
Amat sesuai untuk dijadikan tapak aktiviti untuk kursus pembinaan pasukan, perhimpunan keluarga dan aktiviti luar. Tapak perkhemahan disediakan dengan kemudahan chalet, asrama dan tapak perkhemahan.



 

No comments:

Post a Comment