Saturday 1 October 2022

Program pengukuhan kerja berpasukan KRT Banggol

  
Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Banggol mengadakan Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Bulding) di kawasan penempatan Orang Asli di Tasik Banding, Perak. 
 
Program yang bertujuan untuk membentuk semangat berpasukan, kerjasama, perancangan aktiviti dan perlaksaan aktiviti di lapangan itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Septermber 2022. 
 
Pada program tersebut turut diadakan agihan bahan makanan kering kepada penduduk Orang Asli, ramah mesra dan berkongsi pengalaman kehidupan golongan berkenaan.

No comments:

Post a Comment