Thursday 10 November 2022

Penyokong tegar PAS pilih BN

  
Lebih 100 orang penyokong tegar PAS di Kg Pulai dalam DUN Apam Putra mengisthiarkan menyokong calon Barisan Nasional P023 Rantau Panjang, Prof Zulkarnain Yusoff  dalam PRU-15 nanti. 
 
Wakilnya, Adam Jaafar menjelaskan bahawa ahli Parlimen sedia ada gagal menunaikan tanggung jawab sebagai wakil rakyat. 
 
Beliau berucap di hadapan lebih 200 orang dalam sesi lawatan calon Barisan Nasional. Turut hadir Datuk Akbar Salim, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang. 
 
Dalam lawatan tersebut, Zulkarnain sempat menziarahi Tuan Imam Masjid Chicha Tinggi yang terlibat dalam kemalangan.

No comments:

Post a Comment