Friday 25 November 2022

PENGIKUT BERKUALITI SEBARKAN PERKARA BAIK

 
Banyak individu menjadikan media sosial sebagai medan berkongsi pengalaman dan menyebarkan sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Mereka menjadi pendakwah, guru, fasilitator, jurulatih dan seumpamanya.
 
Untuk menyebar luas perkongsian itu, jumlah pengikut dianggap amat penting. Jika lebih banyak pengikut, maka lebih banyak perkara itu disebarkan dan diterima oleh orang ramai apabila mereka turut berkongsi kandungan tersebut di akaun masing-masing.
 
Pun begitu, ada yang berpendapat, jumlah nombor pengikut itu tak penting jika matlamat utamanya ialah untuk menyebarkan kebenaran dan mendidik masyarakat.
 
Apa yang penting ialah kualiti pengikut, bukan kuantiti. Pengikut yang berkualiti ialah mereka yang terdiri dari orang dihormati yang ada nilai moral yang tinggi dan orang yang berkaliber tinggi.
 
Pengikut berkualiti mempunyai akhlak yang tinggi, orang yang jujur dan ikhlas, orang baik berjiwa murni yang suka memberi sumbangan positif kepada masyarakat, orang yang menyokong usaha ke arah kebaikan dan mahu melihat masyarakat kita maju ke hadapan.
 
Mereka yang ada kualiti ini akan membantu menyebarkan kebenaran dengan lebih jauh dan luas lagi kepada generasi muda dan tua. Mereka ialah orang yang bersikap positif. 
 
Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment