Friday 9 December 2022

CONTOH CIRI PEMIMPIN TRANSFORMASI

  
Nabi Muhammad ada meninggalkan untuk kita strategi-strategi dan teknik-teknik mentransformasi anak-anak buah daripada individu-individu yang biasa-biasa sahaja menjadi individu-individu yang cemerlang. Strategi dan teknik-teknik yang beliau tunjukkan itu mudah digunakan.
 
Inilah antara contoh-contoh transformasi anak-anak buahnya yang Nabi berjaya lakukan:
1. Mentransformasi orang yang akhlaknya masih buruk menjadi orang yang amat baik akhlaknya.
2. Mentransformasi orang yang akhlaknya sudah baik menjadi orang yang akhlaknya cemerlang.
3. Mentransformasi orang yang akhlaknya sudah cemerlang menjadi lebih cemerlang lagi.
4. Mentransformasi orang yang jiwanya penakut menjadi orang yang pemberani.
5. Mentransformasi orang yang pemalas menjadi orang yang rajin.
6. Mentransformasi orang yang kedekut menjadi orang yang sangat pemurah.
7. Mentransformasi si jahil menjadi tinggi ilmunya.
8. Mentransformasi si peragu diri menjadi yakin diri.
9. Mentransformasi si pasif menjadi proaktif.
10. Mentransformasi orang yang dahulu sangat membencinya menjadi orang yang mengasihinya.
11. Mentransformasi musuh ketatnya yang berjuang mahu membunuhnya berubah menjadi pengikut setianya.
12. Mentransformasi si pengamal kemungkaran dan dosa-dosa besar menjadi pengamal kebaikan.
13. Mentransformasi panglima pasukan perang musuhnya menjadi panglima pasukan perangnya.
 
Kerja-kerja mentransformasi anak-anak buah dan orang bawahan adalah ibarat proses mengubah keldai menjadi kuda. Ia adalah proses yang memerlukan strategi kerja yang betul dan teknik-teknik dorongan yang betul. Nabi menunjukkan strategi dan teknik-teknik yang mudah bagi mencapai objektif itu.
 
Inilah yang mesti dilakukan oleh ketua-ketua bagi menginspirasi anak-anak buahnya:
1. Ketua menjadikan dirinya seorang yang menginspirasi atau inspirational. Itulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Beliau menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak buahnya.
2. Ketua bercakap menggunakan gaya bahasa yang mampu memotivasi sesiapa yang mendengar beliau bercakap. Nabi bukan seorang yang banyak cakap. Beliau bercakap sedikit, tetapi apabila beliau bercakap kata-katanya mudah difahami oleh anak-anak buahnya.
 
Anak-anak buah dan orang bawahan yang bekerja di bawah ketua yang menginsiprasi adalah lebih kreatif, produktiviti mereka lebih tinggi, dan mereka lebih puas hati dalam menjalankan tugas mereka. Itulah yang berlaku dalam kalangan anak-anak buah Nabi. Mereka kreatif, prestasi mereka tinggi, dan mereka puas hati dengan pekerjaan mereka. Itu berlaku meskipun Nabi tidak membayar mereka gaji ataupun upah.
 
Oleh: Ainon Mohd

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment