Kopi Cap Gantang menjadi
pilihan penggemar kopi di Kedah, terutama sekitar daerah Baling. Kilang
memproses Kopi Cap Gantang terletak di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang,
Baling, Kedah.
Kopi Cap Gantang kini menjadi antara jenama kopi terkenal yang mendapat permintaan ramai dari seluruh Malaysia, terutama apabila dipasarkan melalui internet.
Jenama kopi Cap Gantang diusahakan Mohamed Hassan Mohamed Rawter, anak kelahiran Kampung Kubang Panggas, Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah.
Pada
tahun 1990, berhenti kerja di kilang kopi Cap Songkok untuk mula perniagaan kopi
sendiri dengan menggoreng kopi di tepi rumah.
Ketika itu sasaran pengeluaran kopi keluaran
“tepi ruman” itu hanya 30 kilogram lebih saja sebulan. Kini, selepas lebih 30
tahun, pengeluaran kopi Gantang sudah mencecah lebih 5 ribu kilogram sehari.
Itulah hasil kesungguhan, fokus, istiqamah
dengan usaha dan inovatif. Semoga terus berjaya.
No comments:
Post a Comment