Sunday 26 November 2023

MASOK GAPO TERR DARIPADA KAK BELLA

 
Abeyie nak jelaskan di sini berkenaan content “Masok Gapo Terr” daripada Kak Bella bukanlah untuk menunjuk-nunjuk Kak Bella pandai masak atau sebagainya.
 
Tetapi matlamat yang lebih penting adalah berkongsi atau memberi step mudah kepada mereka yang baru-baru belajar masak atau pun baru berminat “masuk dapur”.
 
Abeyie tahu, dale FB ini ramai yang pandai masak dan jauh lebih hebat dari Kak Bella. Jadi pasti akan ada banyak yang “tidak selari atau berbeza” cara masakan sehingga kalian “meninggalkan komen agak tidak manis dan tidak sopan” sehingga mengguris perasaan ore tua.
 
Buat video masak dengan masak tanpa buat video jauh berbeza kerana setiap pergerakkan atau step perlu dirakam dan diperjelaskan. Itu tidak termasuk masa editing, shoot, kos bahan mentah dan lain-lain.
 
Semoga Kak Bella terus bersemangat dan tidak rasa putus asa atau “putuh angin” nak buat video. Insya-Allah Abe akan sentiasa setia menjadi kameraman dan editor untuk b.
Luluss. Piyukkk
 
Teks dan gambar dari FB Poyie Gasi

No comments:

Post a Comment