Hadis ini lemah kerana adanya perawi yang bernama Faidh bin
Abdur-Rahman. Siapakah Faidh bin Abdur Rahman? Namanya Faid bin Abdur Rahman
Abu Warqa Al-Kufi Al-Atthar.
Rata-rata ulama hadis yang mahir dalam bidang Jarh wa Ta’dil
(ilmu penilaian terhadap perawi), menilai Faid bin Abdul Rahman sebagai
daif.
Apatah lagi, kisah ini diriwayatkan oleh Faid bin Abdul Rahman
daripada Ibn Abi Aufa. Dan ulama hadis lebih mencurigai hadis-hadis Faid yang
diriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa.
Berikut ialah beberapa kritikan ulama hadis terhadapnya:
Abdullah bin Ahmad (anak kepada Imam Ahmad)
di dalam “Al-Musnad” (4/382): Di dalam kitab ayahku, telah menceritakan
kepada kami Faidh bin Abdur Rahman, dia berkata; Aku telah mendengar Abdullah
bin Abi Aufa berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah: Ya Rasul
Allah, sesungguhnya di sisi kamu seorang pemuda yang didatangi sakaratulmaut,
dikatakan kepadanya; katakanlah Lailahaillallah, Dan dia tidak mampu
mengatakannya. Maka dia berkata; Bukankah dia (pemuda) ini selalu mengatakannya
dalam hidupnya?. ” Dia berkata: Bahkan. Katanya; Maka, apa yang menghalanginya
ketika dia hampir kepada kematiannya? ” (Maka diceritakan hadis ini dengan panjangnya
(cerita Alqamah). Dan ayahku tidak menceritakan dua hadis ini, dan dia membuang
hadis ini dari kitabnya, kerana dia tidak bersetuju dengan hadis Faid bin
Abdurrahman, atau menurutnya hadis ini tertolak.
- Ibnu Hammad dari Abbas dari Yahya, katanya, Faid bukan tsiqah.
Dalam katanya lain; Daif.
- Abdullah bin Ahmad daripadanya ayahnya (Imam Ahmad); Faid ini
hadisnya tertolak.
- Berkata Bukhari, Faid bin Abdur Rahman Kufi Abu Warqa’
Munkarul Hadis (Diingkari hadisnya)
- Ibnu Qayyim, hadis ini tidak benar dari Nabi.
- Berkata Abu Hatim: Dia berdusta.
-
- Kata Abu Hatim, “Hadis-hadis Faid daripada Ibn Abi Aufa adalah batil, hampir-hampir tidak ada asal baginya”. Katanya lagi, “Kalau seseorang bersumpah bahawa seluruh hadis Faid adalah bohong, maka dia tidak dianggap melanggar sumpah”.
- Al-Hakim pula mengatakan, “Faid meriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa hadis-hadis palsu”.
- Al-Syaukani dalam Al-Fawaid al-Majmuah. Kata beliau, “Dalam
sanadnya terdapat perawi yang berstatus matruk dan pembohong”.
Berdasarkan kepada pendapat
ulama, wajar kita tidak lagi menceritakan Alqamah sebagai satu pengajaran
kepada sikap tidak menghormati ibu bapa.
No comments:
Post a Comment