Manusia
dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, manusia
terikat kepada tanggungjawab yang telah ditetap oleh Allah.
Dalam melaksanakan tanggungjawab itu aspek pengurusan satu perkara yang
perlu ditekankan. Tanpa kebijaksanaan mengurus, kehidupan menjadi tidak
teratur dan gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.
Namun, pengurusan yang baik tidak hanya dinilai pada kejayaan mencapai
matlamat. Pengurusan yang baik tidak sekadar melihat apa yang dihasilkan,
tetapi juga segala proses sehingga hasil itu tercapai.
Contohnya, pemaju perumahan tidak hanya melihat kepada kejayaan membina
rumah semata-mata, tetapi mengambil kira tentang aspek lain seperti kesan
kepada alam sekitar dan masyarakat sekitar.
Perkara ini dititik beratkan kerana ia kembali kepada matlamat asas
penciptaan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Justeru, dalam menjayakan pergurusan yang holistik, kita perlu bersandarkan
kepada tiga aspek utama iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia
dan hubungan dengan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment