Sunday, 15 January 2017

Cara lupa kekasih lama

Cara melupa kekasih lama. Percintaan tidak semesti berakhir dengan ikatan perkahwinan. Banyak yang kencundang di tengah jalan. Segala janji dan impian tidak menjadi kenyataan. 

Tidak dinafikan bukan mudah untuk lupa kekasih lama. Itulah masalah dihadapi oleh pasangan yang berpisah. Kekasih yang telah menjadi sebahagian hidup, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang dibina putus begitu saja. Malah dianggap seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.

Di sini dikongsikan cara-cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama.

Itu bukan jodoh kita. Hidup mesti diteruskan. Itu bukan jodoh. Yakinlah kepada ketentuan Allah SWT. Jodoh maut di tangan Allah SWT. 

Kuatkan iman dan yakin kepada Qada dan Qadar. Orang beriman menerima ketentuan Allah SWT. Mungkin Allah SWT ingin menemukan kita dengan pasangan yang lebih baik.  

Lupakan perkara lalu. Kisah suka duka menjadi ingatan selalu. Semakin diingat, lebih parah derita di hati. Maka sebolehnya ingin kita lupakan apa yang telah berlaku. 

Lakukan perkara disukai. Selama bersama si dia, mungkin banyak perkara tidak dapat dilakukan. Mungkin disebabkan kengkangan masa, si dia tidak suka dan pelbagai alasan lain. Nah, sekarang anda boleh lakukan dengan bebas. Pun, jangan lakukan perkara yang mendatangkan keburukan.   

Diri anda layak bahagia. Dengan melakukan perkara disukai, anda akan merasakan banyak lagi yang boleh membahagiakan anda. Anda lebih bebas dan bertenaga. Aktiviti yang dilakukan akan menyebabkan anda melupakan si dia yang bukan lagi milik anda.

Ceriakan diri anda. Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi. Maka, cuba lakukan perkara yang menceriakan. Kisah lama perlu ditinggalkan. Usah diingati lagi jika itu menyiksakan diri. Hidup mesti diteruskan. Anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.

Jumpa dengan kawan-kawan lama. Hidup kita tidak keseorangan. Si dia hanya sebahagian daripada teman yang ada di sisi kita. Masih banyak lagi orang lain. Memang, yang lain itu tidak sama dengan si dia. Tetapi setidak-tidaknya kita masih ada kawan. Berjumpa dengan kawan-kawan yang mungkin telah lama tidak ditemui. Mereka tentu gembira dengan kehadiran kembali kita.

Cari rakan baru. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.

Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih. Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda melupakannya. Anggaplah perpisahan itu sebenarnya memberi kebaikan kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama itu.

Hargai dirinya. Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat bahagia dengannya.   

Pandanglah jauh ke depan. Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan.

Kuatkan semangat. Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda.

Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda. Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin sukar untuk melupakan si dia.

Elakkan dari bersendirian. Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda.

Elak berada di tempat yang ada sering pergi bersamanya. Satu yang sering diingati ialah tempat yang kita selalu bersamanya. Jadi jangan ke tempat itu juga tidak mahu kisah lama diingati kembali.

Elak dengar lagu tema. Setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.

Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia. Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah.

Fikir positif. Ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke atas apa yang telah berlaku pada diri kita.

No comments:

Post a Comment