Kismis mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan
B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi
yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan
penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada
tenaga serta membentuk sel-sel darah merah.
Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang dan melancarkan
peredaran darah ke seluruh tubuh termasuklah otak untuk menggalakkan keupayaan
minda, sekaligus meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.
Ia sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan seisi
keluarga kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh,
malah turut berupaya memelihara sistem saraf, mengawal tekanan darah serta
menggalakkan penyerapan nutrien seperti zat besi ke dalam tubuh badan sekaligus
membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
KHASIAT KISMIS TOK GURU:
- Menajamkan minda.
- Menguatkan daya ingatan dan tumpuan.
- Membekalkan tenaga.
- Mencergas dan mencerdaskan minda para pelajar.
- Membantu memudahkan hafalan.
- Membantu mencerahkan pandangan mata.
- Meredakan tekanan dan gemuruh.
- Meningkatkan tahap kesihatan jasmani.
- Sesuai untuk seisi keluarga terutamanya para pelajar.
CARA PENGGUNAAN KISMIS TOK GURU:
- Dewasa: Ambil 7 hingga 11 biji setiap hari.
- Kanak-kanak: Ambil 5 hingga 7 biji setiap hari.
- Penghafaz Al-Quran: Ambil 21 biji setiap hari.
- Amalkan pada waktu malam sebelum waktu makan.
- Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang masam
seperti jeruk serta kepala ikan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
No comments:
Post a Comment