Thursday 7 February 2019

TAMBAH BILANGAN AES


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang merupakan "pejuang" yang menentang penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Antara janji kepada rakyat jika PH memerintah Malaysia, AES akan dihapuskan.

Sekarang PH memerintah Malaysia. Berkuasa menentukan dasar atau undang-undang. Kerajaan PH berkuasa untuk memansuhkan AES seperti dijanjikan ketika sebelum berkuasa.

Malang sekali, apa dilaungkan sebelum ini menjadi sebaliknya. AES bukan sahaja tidak dimansukan, bahkan jumlahnya akan ditambah.

Kos bagi setiap kamera ialah RM200,000, iaitu lebih mahal daripada zaman kerajaan terdahulu iaitu RM170,000. Sedangkan sebelum ini PH mendakwa harga RM170,000 adalah terlalu mahal.

No comments:

Post a Comment