Limau banyak jenis. Salah satu jenis limau ialah chokun. Jenis limau ini terkenal disebabkan mempunyai rasa manis dan berair.
Limau chokun dikatakan
antara baka limau yang terbaik Thailand. Pokok limau chokun yang ditanam dan mendapat
pembajaan yang baik boleh berbuah seawal 5 bulan. Pokok limau chokun berbuah tanpa
musim.
Menariknya, limau chokun boleh tanam dalam pasu dan di halaman
rumah yang sempit. Sebab itu ia sering dijadikan pokok hiasan, selain ingin mendapatkan buahnya.
Pokok ini dikatakan lasak dan mudah dijaga. Pokok boleh tahan
panas dan hujan. Sesuai dengan cuaca di Malaysia.
No comments:
Post a Comment