Monday, 4 February 2019

BANGUNAN PETRONAS LUNDANG

Sebelum 2007, mereka yang kerap melalui Jalan Sultan Yahya Petra di Kampung Lundang pasti akan kenal bangunan yang dikenali Bangunan Petronas yang menempatkan pejabat dan stesen minyak Petronas.

Namun, bangunan setinggi lima tingkat itu kini telah berubah wajah. Tingkat dua dua hingga lima masih dikekal keadannya, kecuali bahagian dalam.

Yang ketara perubahannya ialah apabila bahagian bawah yang dahulunya menjadi stesen minyak telah diubahsuai menjadi ruang bangunan sepenuhnya.

Perubahan itu berlaku apabila bangunan itu telah diambil sepenuhnya oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Kini bangunan Petronas Lundang dikenali OUM Kelantan. Namun, di kalangan penduduk Kelantan yang sinonim dangan nama Petronas Lundang akan menyebut nama itu lagi apabila ingin menerangkan kedudukan bangunan OUM  Kelantan. 

No comments:

Post a Comment