Pelajar baru
di sekolah atau institusi pengajian tinggi perlu mengikuti program minggu
orientasi. Program bertujuan membantu pelajar baru menyesuaikan diri dan
mendapat maklumat mengenai pengajian, persekitaran dan peraturan yang
ditetapkan di tempat baru.
Perkataan orientasi bermaksud satu kegiatan atau program yang dirancang
bertujuan menjadikan seseorang faham akan sesuatu yang berkenaan. Orientasi
juga bermaksud kegiatan yang akan dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu yang
baru.
Perjalanan
program orientasi dibantu oleh pelajar senior yang dipilih khas oleh pihak
pentadbiran. Kumpulan senior biasanya dikenali jawatankuasa orientasi (JO) atau
nama lain mengikut kesesuaian program. Pelajar senior yang dipilih adalah
kumpulan pelajar terbaik, dari segi pencapaian akademik maupun akhlak,
kepimpinan dan kemahiran tertentu.
Kehadiran
JO bukan saja membantu melancarkan program orientasi, bahkan diharapkan menjadi
contoh kepada pelajar baru. Penyertaan dan kejayaan diraih oleh JO boleh
dijadikan panduan untuk pelajar baru merancang mencapai perkara yang sama,
bahkan mungkin lebih baik daripada itu.
Tugas
utama JO ialah memastikan susun atur program dipatuhi dan dilakukan dengan
lancar. Selain itu mereka biasanya bertindak sebagai fasilitator dan penyelaras
bagi aktiviti-aktiviti tertentu.
Didapati
banyak pelajar baru fobia berdepan minggu orientasi disebabkan ada cerita
mengatakan pelajar junior akan menjadi mangsa buli pelajar senior. Kejadian
tersebut berlaku disebabkan ada segelintir pelajar senior yang ‘samseng’ dan
kaki buli.
Kejadian
ini sebenarnya tidak kena mengena dengan program orientasi dan ditegah sama
sekali. Kes buli banyak berlaku ketika selepas minggu orientasi yang dilakukan
pelajar senior yang berlagak hebat.
Pelajar baru
perlu memanfaatkan program orientasi bagi kebaikan proses pembalajaran yang
masih lama perlu ditempuhi. Permulaan yang baik adalah perintis kepada
kesudahan dan pencapaian yang baik kemudiannya.
No comments:
Post a Comment