Thursday, 7 February 2019

KAJIAN SANAD KENAL HADIS PALSU

Terdapat kaedah untuk mengenal hadis palsu. Salah satu kaedah ialah melalui kajian sanad. Sanad ialah rangkaian perawi yang meriwayatkan matan sesuatu hadis.

Tanda-tanda hadis palsu pada sanad dapat diperhatikan melalui beberapa perkara berikut:

- Terdapat perawi yang sememangnya seorang pendusta dan dia dikenali sebagai seorang pendusta hadis. Malah hadis yang diriwayatkannya itu tidak pula diriwayatkan oleh perawi yang thiqah yang lain.

- Pengakuan yang dilakukan oleh pemalsu hadis. Dia mengaku bahawa dia telah memalsukan sesebuah hadis. Seperti hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan al-Quran, yang diriwayatkan oleh Maisarah bin Abdu Rabbihi al-Farisi. Beliau telah mengakui telah memalsukan hadis tersebut.

- Kenyataan secara tidak langsung daripada perawi yang boleh difahami sebagai pengakuan mendustakan hadis. Contohnya seorang perawi meriwayatkan sebuah hadis dari seorang syeikh, maka ditanya akan tarikh kelahirannya, ternyata tarikh kematian syeikh tersebut sebelum kelahirannya. Hadis itu pula hanya dia seorang sahaja yang meriwayatkannya. Dalam hal ini, perawi tidak mengaku memalsukan hadis tetapi pengakuan tarikh kelahiran itu dikira sebagai pengakuan ia terlibat dalam pemalsuan hadis.

No comments:

Post a Comment