Agama Islam sebagai agama sejahtera sangat
menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan,
kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk
beribadat kepada Allah SWT.
Kerana itu Islam melarang umatnya daripada
memudaratkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan
ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran antaranya
firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu
sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap
kamu.” (Surah an-Nisa 29)
Firman Allah lagi: “Dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya
kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)
Dalam hadis Rasulullah juga jelas melarang
umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda
bermaksud: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh berbuat kemudaratan.” (Hadis
riwayat Ibnu Majah)
Ayat al-Quran dan hadis ini jelas melarang
manusia memudaratkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang
manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati
melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
No comments:
Post a Comment