Kampung
Pantai Dasar terletak kira-kira 11 kilometer dari Kota Bharu, dan
hanya kira-kira 4 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail.
Pantai
Dasar pada tahun 1960an hingga 1990an terkenal sebagai pantai peranginan yang
seganding dengan pantai perangian lain di Kelantan seperti Pantai Cahaya Bulan
(dahulunya Pantai Cinta Berahi), Pantai Irama dan Pantai Bisikan Bayu.
Episod
malang Pantai Dasar mengalami hakisan teruk bermula pada awal 1990. Saban tahun
pada musim tengkujuh, Pantai Sabak mengalami hakisan turuk.
Pada tahun 60 an,
jarak kampung itu dengan gigi pantai kira-kira 3 kilometer. Luas benar kawasan
kampung ini. Penduduk kampung memang tidak dapat melihat laut. Memang jauh
berjalan kaki bila hendak pergi ke tepi pantai.
Aantara tempat
tinggal sekarang dengan gigi pantai ada terdapat banyak pokok kelapa dan juga
bendang padi. Bendang padi itu memang luas.
Bagi mereka yang
kali pertama sampai ke kampung itu tentu sukar mempercayai bahawa tempat yang
kini hanya beberapa meter dari gigi air laut sebenarnya pada tahun 60 an berada
kira-kira tiga kilometer.
Proses hakisan
pantai memang telah berlaku sejak dahulu lagi. Setiap musim tengkujuh ketika
ombak besar, hakisan pantai akan berlaku. Seperti kata pepatah, sekali bah
sekali pantai berubah. Benarlah pepatah orang-orang tua kita yang sentiasa
memerhati alam sekitar untuk dijadikan perumpamaan.
Bagaimanapun,
kesan hakisan itu tidak teruk berbanding sekarang. Malah, hakisan itu bersifat
‘ulang alik’. Yakni, jika pada musim ini hakisan itu membawa pasir ke satu
tempat, pada musim lain pula pasir itu akan dihakis dan dibawa ke tempat asal.
Jadi, kesan
hakisan tidak begitu ketara. Kadang-kadang kawasan berpasir di tepi pantai
lebih luas berbanding sebelumnya.
Hakisan teruk
hanya berlaku bermula pada tahun 1986. Puncanya tidaklah pasti. Tetapi jika
berpandukan kepada apabila yang berlaku, mungkin berkaitan dengan pembinaan
benteng pemecah ombak yang dibina di muara Sungai Pengkalan Datu, yang terletak
kira-kira dua kilometer dari situ.
Sejak tahun itu
hakisan tidak lagi bersifat ulang alik. Hakisan berlaku dengan hebat. Pasir
yang dihakis terus dibawa ke laut. Tidak ada lagi pasir yang muncul kembali
pada masa selepas itu.
Kejadian hakisan
berlaku setiap musim tengkujuh antara bulan Oktober hingga Januari, dan
kadangkala berlanjutan akhir bulan Febuari. Ketika itu ombak bukan sahaja
memukul gigi pantai, tetapi air boleh naik 50 hingga 100 meter ke darat.
Kini pihak kerajaan
telah membina benteng batu untuk mengatasi masalah hakisan. Benteng yang dibuat
agak tinggi dan sukar untuk dilepasi ombak, melainkan ombak besar sangat.
Sayangnya,
benteng yang dibuat itu sekadar mampu menyelamatkan beberapa buah rumah yang
masih bertahan. Pun begitu, benteng batu itu amat bererti kerana ini bermakna
saki baki nama Kampung Dasar akan terus kekal. Jika tidak ada benteng batu,
Kampung Dasar telah hilang terus.
Sekarang masih
ada pengunjung ke Pantai Dasar. Di pantai itu masih tersisa itu wujud kedai
atau gerai makan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera, terutama
pada sebelah petang.
Saya asal dari Kampung Pantai Dasar. Dulu pantainya sangat cantik dengan pokok kelapa dan pokok rhu. Saya lahir 1978, sempat melihat jauhnya birai pantai dengan kawasan perkampungan. Dulu sempat melihat bot yang membawa pendatang kemboja mendarat di Pantai Dasar. Kumpulan itu dikepong oleh polis untuk dihantar ke depo tahanan. Waktu petanf zaman kanak-kanak sangat meriah, sempatlah merasa bermain dengan benteng pasir yang terbentuk akibat aktiviti laut yang menghakis sambil berkejaran di birai pantai juga dengan nikmat membeli kepok gorang, pisang goreng, air sirap dengan masing-masing harga 10 sen. Alangkah indahnya. Sempat menikmati bermain tika air laut surut hingga ke tengah laut. Sangat banyak kenangan di sana. Sekarang ini kalau badan tidak sihat setidak-tidaknya mudik sekejap ke Pantai Dasar mengambil aroma pantai dan angin laut masin membangkit semangat mengimbau kenangan. 'Segar angin ore kato'.
ReplyDelete