Jika disebut nama Tanah Merah, tentu ramai mengenalinya sebagai
sebuah bandar di Kelantan yang juga nama bagi daerah (jajahan). Namun, tentu ramai
tidak mengenali Kampung Tanah Merah.
Lihat gambar di atas. Tentu ramai menyangka papan tanda di Tanah
Merah, Kelantan. Tetapi apabila diamati papan tanda itu ada tertulis 'MPPD'. MPPD
adalah ringkasan untuk Majlis Perbandaran Port Dickson. Maknanya, papan tanda itu
adalah untuk Kampung Tanah Merah di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kampung Tanah Merah adalah sebuah kampung yang terletak berhampiran
dengan Lukut. Kampung ini banyak ditanam dengan kelapa sawit dan getah.
Namun, sekarang ini Kampung Tanah Merah sedang giat dibangunkan
sebagai kawasan perindustrian, selari dengan permintaan tinggi kawasan perindustrian
di Lembah Klang.
No comments:
Post a Comment