Pokok Oregano (Origanum Vulgare)
merupakan pokok yang tumbuh di negara-negara Eropah dan kawasan Asia. Pokok oregano yang biasa dilihat seperti di
Malaysia adalah jenis Cuban Oregano.
Pokok ini tergolong keluarga daun pudina.
Oregano dapat dibiakkan melalui biji benih, cucuk keratan batang dan pecahan
anak. Ketinggiannya boleh mencecah 1 meter.
Daunnya agak tebal dan agak berbulu. Ia
memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam pendedahan terhadap cahaya matahari setiap
hari untuk tumbuh subur dan sihat.
Daunnya mempunyai minyak pati yang
dipanggil minyak oregano. Daunnya sedap dijadikan rempah atau dimakan sebagai
ulam seperti daun basil juga.
Perubatan Greek purba telah lama menggunakan
oregano sebagai penawar untuk penyakit seperti masalah pencernaan, sakit
kepala, batuk dan menghilangkan bengkak dan lebam.
Daun oregano mempunyai aroma bau yang
wangi serta dapat menambahkan selera makan. Pokok oregano merupakan antara
penawar yang digunakan bagi penyakit seperti masalah pencernaan, batuk sakit
kepala dan merawat bengkak dan lebam.
Selain itu, oregano dikatakan mampu
melegakan sakit tekak dan sakit kerongkong dengan menjadikannya seperti teh
untuk diminum.
Daun oregano boleh digunakkan dalam
pelbagai masakan serta sangat baik untuk kesihatan jika mengamalkan makan daun
oregano ini sebagai ulam.
Pokok oregano yang dijadikan rempah ada
dua jenis iaitu origanum dictamnus dan origanum vulgare (disebut Vul-Gay). Daun
kering yang biasa dijual di pasaraya sebagai rempah dan biasa dijumpai ialah
origanum dictamnus (dipanggil juga dittany atau dictamnus)
Oregano banyak digunakan dalam masakan
Itali seperti pizza dan masakan lain yang menggunakan sos tomato kerana baunya
yang kuat dan berbau pedas.
Herba ini banyak digunakan untuk
memberikan aroma dan rasa kepada ikan dan daging. Oregano juga lebih dikenali
sebagai herba pizza.
mana saya boleh beli anak pokok oregano
ReplyDeleteWhatsapp sy 0162636293
Deletehttps://my.carousell.com/p/262135411
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete