Sunday, 17 March 2019

KEMUDAHAN ASAS DI KAWASAN PEDALAMAN


Tidak semua kemudahan asas disediakan kerajaan sama untuk semua tempat di seluruh negara. Faktor utama adalah keperluan. Jika di kawasan itu tidak memerlukan kepada kemudahan asas itu sama ada kerana tidak sesuai atau ada perkhidmatan yang sama di kawasan berhampiran.

Kemudahan asas di kawasan pedalaman tentu sekali tidak sama dengan apa dinikmati penduduk di kawasan bandar. Ini bukan bermakna kerajaan mendiskriminasikan hak setiap penduduk. Banyak faktor yang menentukan sesuatu kemudahan asas dibina atau tidak di sesuatu kawasan.

Ambil sahaja contoh pembinaan sekolah di kawasan pedalaman. Di kawasan pedalaman tentu sekali bilangan penduduknya kurang, termasuklah bilangan pelajar.

Maka tidak ekonomik untuk kerajaan membina sekolah di setiap kawasan yang bilangan pelajarnya hanya beberapa puluh orang sahaja.

Pelajar di kawasan tersebut akan ditempatkan belajar di sekolah yang berdekatan walaupun jaraknya berpuluh-puluh kilometer dari kampung mereka.

Mereka ditempatkan di asrama atau berulang alik mengikut mana kaedah yang sesuai.

Keadaan ini berlaku terutama melibatkan penempatan orang Asal yang lebih dikenali pos. Setiap pos orang Asal mungkin mempunyai berpuluh-puluh penempatan yang berselerak di kawasan berkenaan yang mungkin jaraknya lebih 10 kilometer antara satu sama lain.

Jadi, jika ada pergi ke satu-satu penempatan, besar kemungkian anda akan mendapati di penempatan itu tiada sekolah.

Inilah yang terjadi, apabila wakil kerajaan mendakwa di Pos Sinderut yang menempatkan penduduk Asal di Kuala Lipis didakwa tidak mempunyai sekolah dan klinik kesihatan. Kenyataan itu dikeluarkan untuk membuktikan kegagalan BN sepanjang menjadi pemerintah.

Tidak dinafikan tempat yang dilawati itu memang tidak ada sekolah dan klinik. Ia salah satu penempatan dari lebih 10 penempatan di kawasan Pos Sinderut.

Hakikatnya, di Pos Sinderut memang ada sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Sinderut dan Klinik Desa Sinderut.

No comments:

Post a Comment