Sunday, 6 October 2019

MUZIUM WARISAN SEJARAH KUALA LIPIS

Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis terletak di Bukit Bius, Kuala LipisPahang. Asalnya bangunan itu adalah bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang.

Beberapa galeri disediakan di Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis seperti sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British dan sejarah Kesultanan Melayu Pahang.

Sejarah lain turut dipamerkan ialah tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis.

Rumah banglo dua tingkat ini dibina pada 1920-an. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke 2 semasa menjadi SUK Pahang pernah mendiami rumah ini.

Di bangunan inilah isteri Tun Razak, Tun Rahah Mohd Noah melahirkan Najib, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Ke 6.

Bangunan tersebut salah satu di Kuala Lipis yang telah diwartakan sebagai bangunan warisan.

Konservasi rumah berkenaan untuk dijadikan muzium dilakukan 13 Nov 2007 dan siap pada 12 Mei 2008. 

No comments:

Post a Comment