Wednesday, 7 July 2021

TUKUN TIRUAN MENJADI HABITAT HIDUPAN LAUT

 
Tukun tiruan ialah bahan binaan manusia atau bahan semulajadi seperti batu yang diletakkan di dasar laut untuk dijadikan sebagai satu habitat kepada pelbagai hidupan marin terutama ikan. 
 
Ada juga tukun tiruan yang dihasilkan dengan cara menenggelamkan bot bot lama. 
 
Struktur tukun tiruan ini selepas satu tempoh tertentu akan berkembang menjadi satu ekosistem semulajadi yang lengkap dan tempoh perubahan ini mengambil masa kira-kira setahun bergantung kepada keadaan persekitaran tukun tiruan berkenaan diletakkan.  
 
Spesies ikan komersil yang selalu ditemui di kawasan tukun tiruan ialah ikan kerapu, merah, jenahak, kaci, tebal bibir, delah, dengkis, tetanda, yu, pari dan lain-lain. 
 
Walau bagaimanapun bukan semua spesies ini kekal berada pada sepanjang tahun. Banyak spesies hanya singgah untuk membiak, berlindung atau mencari makanan buat sementara waktu sahaja sebelum berpindah ke tempat lain mengikut kitaran hidupnya. 
 
Peranan tukun tiruan dalam laut adalah sangat signifikan dalam teknologi perikanan yang perlu dirancang dengan baik demi mempastikan sumber ikan laut terus ada. 
 
Pemasangan tukun tiruan dari konkrit memang lazim dibuat di negara kita dan dilabuhkan di lokasi tertentu dalam laut. 
 
Pembangunan tukun tiruan adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan sumber perikanan terutama di kawasan persisiran pantai. 
 
Sehingga kini, kebanyakan negara di dunia telah banyak yang mempraktikkan teknologi tukun tiruan ini untuk pelbagai kegunaan industri perikanan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sehingga ke lokasi rekreasi. 
 
Kerajaan mengambil inisiatif membangunkan tukun tiruan jenis keluli bagi membantu mengatasi masalah golongan berkenaan. Tukun tiruan keluli ini mampu menarik perhatian ikan dan mempercepatkan proses pertumbuhan plankton.  
 
Malah binaan tukun tiruan menghalang bot besar daripada melabuhkan pukat di situ. Pembinaan tukun terbabit berikutan kejayaan penggunaan tukun jenis tayar, konkrit dan bangkai kapal yang diperkenalkan sejak tahun 1975.

No comments:

Post a Comment