Monday 27 June 2016

Panduan pilih jenis perniagaan

Ramai ingin berniaga, namun tidak pasti jenis perniagaan ingin diceburi, selain masalah modal. Dicadangkan, elok pilih perniagaan yang biasa orang buat. Biarpun banyak persaingan, itu tanda perniagaan mendapat sambutan dan mudah mendapat pelanggan. Yang penting bersedia membuat inovasi atau sesuatu dapat menarik pelanggan.

Bagaimanpun, buatlah kajian tentang potensi pelanggan, jangan pula penjual lebih ramai daripada pembeli. Kedudukan lokasi juga penting diambilkira untuk memajukan perniagaan.

Terdapat kelebihan memilih perniagaan yang biasa:

- Peratusan untuk berjaya lebih tinggi. Kajian menunjukkan mereka yang pilih perniagaan yang orang lain telah buat berkemungkinan berjaya sebayak 80%. Maknannya dalam 10 orang yang mulakan perniagaan sebegitu, 8 daripada mereka berjaya.

- Kebarangkalian untuk gagal dengan buat benda baru adalah tinggi. Kajian menunjukkan peratusan untuk gagal dengan pilih perniagaan baru dan tak pernah orang lain buat adalah 80%. Maknanya dalam 10 yang pilih perniagaan luar kebiasaan, akan ada 8 orang yang gagal. hanya 2 yang akan berjaya.

- Pilihan selamat. Siapa yang suka mengambil risiko untuk gagal yang tinggi? Jalan selamat adalah mengambil risiko kegagalan yang rendah. Jadi sebagai orang biasa eloklah pilih perniagaan yang dah biasa orang buat. Melainkan anda jenis Indiana Jones yang sukakan cabaran, anda boleh ambil jalan susah.

- Jenis perniagaan biasa pasti ada pembeli. Jika sesuatu perniagaan tersebut ramai yang dah lakukan. Maknanya ada pembeli yang pasti. kalau tidak tak akan ada yang meneruskannya. Tambahan pula jika perniagaan tersebut sudah lama bertapak ia menunjukkan itu jenis perniagaan yang ada potensi untuk hidup.

- Sudah ada contoh untuk kita tiru dan perbaiki. Memandangkan ramai pilih perniagaan itu dan dah lakukannya, kita ada contoh nyata yang boleh kita jadikan ikutan. Tak payahlah memerah otak untuk mereka satu sistem atau program perniagaan yang tidak pasti kejayaannya. Kita hanya perlu menjadi lebih bagus sedikit sahaja daripada mereka yang telah memulakan perniagaan tersebut. Untuk menjadi pelari nombor satu dunia, kita hanya perlu lebih pantas 0.1 saat saja dari Usain Bolt, tak perlu lebih daripada itu.

- Perniagagan baru hanya sesuai untuk mereka yang sudah berniaga besar dan punyai sumber kewangan yang banyak. Mencuba dan pilih perniagaan baru adalah kerja R&D dan itu adalah kerja yang belum pasti berjaya dan memerlukan wang yang banyak. Jadi terbukti mereka yang baru nak menapak berniaga masih tidaak layak untuk buat cubaan begitu.

Peranan ulama damaikan konflik ummah

Peranan ulama amat besar dalam melaksanakan pelbagai tugas, tidak setakat mengajar hukum agama sahaja. Dalam menangani perselisihan faham membabitkan pemimpin atau ahli politik, sewajarnya golongan ulama tampil bagi menjernihkan kekusutan yang berlaku. Kedudukan dan peranan ulama amat dihormati. Ulama juga mempunyai peranan besar dalam hal urusan pentadbiran.

Umat Islam diseru supaya mengetepikan sebarang perbalahan dan permusuhan. Perpecahan merugikan umat Islam. Perpecahan membawa kepada kemusnahan. Umat Islam hilang kekuatan disebabkan berpecah sesama sendiri. Peluang untuk berjaya tertutup terus. Akibatnya umat Islam terus ketinggalan dan ditindas.  

Imam al-Ghazali memainkan peranan besar dalam mendamaikan konflik pentadbiran dan kekacauan politik yang berlaku dalam masa pemerintahan Bani Saljuk menerusi nasihat politik yang didokumentasikan dalam kitabnya, al Tibr al-Masbuk fii Nashihat al-Muluk.

Justeru, amat dialu-alukan sekiranya golongan ulama atau mufti memainkan peranan sebagai pendamai pihak-pihak yang bertelingkah. Malang sekali, ada pihak hanya menerima pandangan ulama jika menyokong apa yang dilakukan atau kelompok mereka saja.  

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin menjelaskan bahawa krisis penguasa sebenarnya adalah berpunca daripada krisis ulama.

Beliau mengatakan: “Sesungguhnya, kerosakan rakyat disebabkan oleh kerosakan para penguasanya, dan kerosakan penguasa disebabkan kerosakan ulama dan kerosakan ulama disebabkan oleh kerosakan cinta harta dan kedudukan, dan sesiapa dikuasai oleh cita-cita duniawi ia tidak akan mampu mengurus rakyat kecil. Allah-lah tempat meminta segala persoalan.” (Ihya Ulumuddin, Juz II, hal. 381).

Penglibatan golongan ulama mesti sebagai pendamai, bukannya turut sebagai pemecahbelah. Golongan ulama berkenaan sendiri masuk dalam politik dan sudah tentu akan menyokong parti politik yang disertai. 

Dal hal ini, mereka sendiri selayaknya dipanggil pemimpin dan bukan lagi maksud ulama yang diharapkan menjadi penasihat kepada pemimpin.

Sebagai golongan yang dihormati dan dipandang tinggi dalam sebuah negara Islam, ulama yang berpolitik menyebabkan kata-kata mereka ditakrif sebagai ahli politik oleh setengah pihak dan pihak lain pula menganggap sebagai ulama. 

Keadaan ini dapat dilihat apabila ulama yang berpolitik sering mengikut keputusan parti politik yang disertai atau disokong, berbanding menggunakan hujah agama dalam membincangkan sesuatu isu.  

Pada zaman al-Ghazali, ulama memainkan peranan yang cukup besar bagi memastikan penguasa tidak menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: ”Sebaik-baik syuhada’ (mati syahid) adalah Hamzah Abd. al-Muthalib, kemudian orang yang berdiri di hadapan imam lalu memerintahnya (berbuat maruf) dan mencegahnya (dari berbuat yang mungkar) kerana Allah, lalu ia terbunuh untuk itu”.

Institusi ulama belum berjalan dengan baik dan berkesan kerana segelintir ulama lebih cenderung untuk berpolitik serta membentuk gaya kepimpinan yang eksklusif, berada dalam kelompoknya dan hidup secara berasingan.

Apabila ada ulama yang berdampingan dengan pemimpin yang berkuasa, ulama berkenaan dikaitkan pula dengan istilah ulama suu’, ulama yang boleh dibeli dan tidak membuat penilaian secara berilmu.

Tuduhan sedemikian menyebabkan jarak antara ulama dan umara menjadi renggang, maka sebagai pemimpin yang berkuasa, jarak tersebut perlu didekatkan melalui program-program tertentu.

Kegagalan ulama dalam menjernihkan persoalan atau krisis yang berbangkit sesungguhnya akan mencetuskan persoalan mengenai kewibawaan ulama itu sendiri.

Para ulama yang menyokong parti-parti politik ini akan menegakkan perjuangan politik masing-masing melalui tindakan memutar-belitkan ayat-ayat al Quran supaya umat Islam terpengaruh dengan menyokong mereka.

Akibatnya, umat Islam yang selama ini mengharapkan peranan ulama untuk menjadi titik penamat terhadap konflik antara mereka menjadi semakin berkecamuk.

Sememangnya kita tidak pasti sehingga bilakah sikap taksub kelompok ulama yang terlibat dalam politik terhadap parti atau pemimpin mereka akan berterusan.

Tetapi di dalam Islam sudah dinyatakan dengan jelas antara ulama sejati (ulama khoir) yang berakhlak mulia dengan ulama su' iaitu ulama yang berakhlak buruk.

Kitakan Islam. Amalkan apa yang disuruh Allah SWT dan menjauhkan apa yang dilarang.  

Thursday 23 June 2016

Hina Orang Lain Sebab Berasa Diri Hebat

Menghina termasuk perbuatan melampaui batas. Mereka berasa megah dan kuat menindas orang lain, sedangkan apa dilakukan itu bakal menerima pembalasan di akhirat. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa (menghiraukan kebenaran). Mereka itu mendapat seksaan yang pedih.” (Surah asy-Syura, ayat 42)

Iyad bin Himar berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah yang Maha Tinggi memberi wahyu kepada saya, menyuruh saudara sekalian merendahkan diri antara satu sama lain, sehingga tidak ada orang yang berasa dirinya lebih hebat daripada orang lain dan tidak ada orang bersikap angkuh terhadap orang lain.” (Riwayat Muslim)

Ada kala tanpa kita sedar perkataan yang keluar menyebabkan orang lain berasa diri seakan dihina disebabkan kelebihan kita miliki serta kekurangan ada pada mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan timbul rasa iri hati.

Sebagai hamba beriman, setiap nikmat dikurniakan Allah SWT sepatutnya disyukuri bukan dijadikan sebab untuk bermegah-megah hingga menyebabkan timbul rasa riak dalam diri. Manusia semua sama di sisi Allah SWT dan yang membezakan adalah tahap ketakwaan mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jangan kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui berkenaan orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm, ayat 32)

Sebaiknya, kita sentiasa merendahkan diri dan menanamkan dalam jiwa bahawa setiap insan itu sama kerana yang hebat hanya Allah SWT, kita semua hanya meminjam kehebatan itu yang mana akhirnya nanti kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dilakukan.

Kehidupan hari ini memperlihatkan ramai yang bertarung untuk membina kehidupan baik untuk diri serta keluarga masing-masing. Mereka berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf ekonomi supaya dapat menjalani kehidupan selesa.

Sebenarnya, banyak perkara dalam kehidupan berkait antara satu sama lain dan kesudahannya adalah demi menjaga kemaslahatan manusia. Hubungan baik sesama manusia menghasilkan hidup yang harmoni sebaliknya prasangka hanya menjurus kepada permusuhan.

Oleh itu, dalam setiap tindakan dibuat, kesan baik dan buruknya perlu difikirkan. Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan jika itu juga tidak mampu dilakukan, pastikan diri tidak menjadi masalah kepada orang lain.

Friday 17 June 2016

Hadis palsu mengenai pahala Ramadan

Terdapat hadis palsu berkaitan kelebihan puasa Ramadan. Hadis itu dibaca dan disebar untuk menggalakkan rebut kebaikan Ramadan. Maksud hadis: "Bulan Ramadan awalnya rahmah, tengah-tengahnya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka." 

Seorang pakar atau ahli hadis Prof. Ali Mustafa Yaqub dari Indonesia menjelaskan hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatan.

Hadis ini diriwayat dalam dua sanad, malangnya kedua-dua sanad itu dilihat tidak menepati kaedah ilmu hadis untuk diterima sebagai hadis sahih atau dapat diterima.

Maksud: Bulan Ramadan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Hadis ini diriwayatkan Al-Uqaili dalam kitab khusus tentang hadis daif yang berjudul Adh-Dhu'afa'. Juga diriwayatkan Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikhu Baghdad. Serta diriwayatkan Ibnu Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu Asakir.

Imam As-Suyuthi mengatakan bahwa hadis ini daif  (lemah periwayatannya) dan Syeikh Al-Albani mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar.

Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebenarnya termasuk ke dalam jajaran hadis daif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk (semi palsu) dan maudhu'(palsu).

Sanadnya adalah dari Sallam bin Sawwar, dari Maslamah bin Shalt, dari Az-Zuhri, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, dari Rasulullah SAW

Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah, iaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.

Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang pengkritik hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan  hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya. Perkataan Ibnu Hibban ini boleh disemak dalam kitab Al-Majruhin.

Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk bererti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadis matruk adalah 'adik' dari hadis maudhu (palsu).

Bezanya, kalau hadis maudhu itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadis matruk itu boleh dikira semi maudhu.

Maka hadis ini dikategorikan:
Pertama, kategori hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.
Kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.

Dengan kata lain, hadis tersebut adalah kurang kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan di hujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui. 

Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sahihnya, tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu, "Jika sahih khabar ini" (Rujuk ibn Khuzaymah)

Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar: "Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmizi, tetapi ia dianggap lemah oleh ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya: sekiranya sahih" (Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384) 

Persoalannya, mengapa hadis itu popular dan banyak digunakan dalam ceramah mahupun penulisan?

Sebenarnya hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab Arab silam sama ada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf hadis berkenaan. Ia terus diguna dan menjadi rujukan.