Friday 20 January 2017

Apa hukum makan belangkas

Belangkas sejenis haiwan hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas dari famili Limulidae. 

Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggota yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan menakjubkan.

Daging dan telur belangkas dikopek dari cengkerangnya sebelum dimasak. Biasanya dibuat gulai asam pedas dan masak lemak.

Daging dan telur belangkas halal dimakan. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qatie yang mengharamkan manusia memakan belangkas. 

Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan jumhur ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

No comments:

Post a Comment