Keistimewaan manusia dari segala makhluk lain adalah manusia kerana ada akal fikiran. Salah satu fungsi akal dalam kehidupan manusia adalah sebagai petunjuk jalan untuk memilih yang bermanfaat dan meninggalkan yang mudarat.
Berbagai kenyataan di lapangan yang ditemukan berkaitan berfikir kritis, analitik dan logik bagi sebuah masyarakat modem yang menjunjung tinggi ilmu pengetahuan sebagai salah satu keperluan dalam kehidupannya.
Islam sebagai agama yang menjunjung tinggi akal fikiran benar-benar menganjurkan umatnya untuk melakukan apapun dengan landasan ilmiah yang memiliki ketepatan data yang baik dan benar. Salah satu cabang berfikir yang diamalkan berasaskan logik yang juga dikenali di dunia Islam dengan istilah mantik.
Pada dasarnya pengertian ilmu mantik telah banyak didefinisikan oleh para ulama dan pakar ilmu mantik dengan pengertian yang pelbagai, miskipun pada hakikat dan tujuannya adalah sama iaitu mengungkapkan makna mantik sebagai suatu kata yang difahami secara jelas untuk sebuah disiplin ilmu.
Ilmu mantik merupakan bahasa Arab dan merupakan terjemahan dari kata logika. Oleh sebab itu ilmu mantik juga biasa disebut sebagai ilmu logika.
Dalam kaitaannya dengan pengertian ilmu mantik, seperti yang tertulis dari buku Prof. Dr. H. Baihaqi A.K, yang berjudul“Ilmu Mantik”: Teknik berfikir logik”, diungkapkan bahwasannya ilmu mantik adalah merupakan suatu ilmu yang membahas tentang kaedah-kaedah yang dapat membimbing manusia dalam berfikir, supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang benar, sehingga dia terhindar dari kesalahan berfikir, yang akhirnya menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru.
Sedangkan mantik secara etimologis atau bahasa berasal dari dua bahasa, iaitu bahasa Arab nataqa yang bererti berkata atau berucap dan bahasa Latin logos yang bererti perkataan atau sabda.
Pengertian mantik menurut istilah ialah:
- Alat atau dasar yang gunanya untuk menjaga dari kesalahan berfikir.
- Sebuah ilmu yang membahas tentang alat dan formula berfikir sehingga seseorang yang menggunakannya akan selamat dari berfikir yang salah.
Ilmu mantik sering disebut ibu segala ilmu atau dikatakan ilmu dari segala yang benar kerana ilmu mantik ialah sebagai alat untuk menuju ilmu yang benar atau kerana ilmu yang benar perlu pengarahan mantik.
Ilmu mantik dipercayai bermula sejak abad ke 5 SM oleh para ahli falsafah kuno Yunani. Dalam sejarah, telah tercatat bahawa pencetus pemikiran mantik ialah Socrates yang kemudian diteruskan oleh Plato dan disusun dengan rapi sebagai dasar falsafah oleh Aristoteles.
Dalam dunia Islam, tokoh ilmu mantik yang terkenal ialah al-Farabi. Pada masa al-Farabi ilmu mantik dipelajari lebih mendalam dan diamalkan.
Tokoh-tokoh ilmu mantik Islam termasuklah Abdullah Ibn Al-Muqaffa, Yakub Ibnu Ishak Al-Kindi, Ibnu Sina, Abu Hamid Al-Ghazali, Ibnu Rusyd Al-Qurtubi, Abu Ali Al-Haitsam, Abu Abdillah Al-Khawarizmi, Al-Tibrisi, Ibnu Bajah, Al-Asmawi, As-Samarqandi dan lain sebagainya.
Kegunaan yang sangat jelas pada ilmu mantik ini ialah untuk dapat berfikir dengan benar hingga sampainya seseorang pada kesimpulan yang benar tanpa mempertimbangkan keadaan dan situasi yang kemungkinan dapat mempengaruhi seseorang.
Jika demikian, kesimpulannya ialah setiap orang harus mempelajari ilmu mantik agar dalam mengambil kesimpulan seseorang tak lagi salah. Ilmu mantik akan membawa sampai pada kesimpulan yang benar. Oleh sebab itulah ilmu mantiq disebut sebagai jambatan dari segala ilmu.
Sepertimana yang kita semua ketahui, di dunia ini wujudnya pelbagai ilmu yang mana manusia bebas belajar dan mendalami ilmu tersebut tidak kiralah teori dan praktikalnya tetapi apa yang penting boleh membuatkan seseorang itu berilmu dan berpengetahuan. Antaranya ialah ilmu matematik, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu wahyu dan ilmu mantik itu sendiri serta sebagainya.
Pendek kata, semua subjek yang boleh didalami dan boleh menambahkan pengetahuan seseorang dianggap ilmu. Tetapi, di sini akan diketengahkan mengenai ilmu mantik yang sangat diperlukan semua manusia untuk membezakan di antara yang baik dan buruk.
Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dan salah.

Kesesatan manusia juga disebabkan mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu, akal yang bersifat positif jika digunakan untuk kebaikan akan menjadikan seseorang itu mulia dan sekiranya pula diarahkan untuk tujuan negatif menyebabkan mereka binasa dan hina.
Akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan di antara manusia dengan haiwan dan makhluk lain. Melalui akal, manusia mampu menerima segala ilmu yang berbentuk teori serta mampu untuk menyusun idea-idea. Akal dalam bentuk ini merupakan asas utama kepada fikiran manusia.

Hakikat akal menurut pengertian ini dapat dijelaskan melalui sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: "Tidak ada satu ciptaan Allah yang lebih mulia di sisi-Nya selain akal."
Mengikut pengertian bahasa, mantik bermaksud:
- Perkataan mantik berasal daripada bahasa Yunani, iaitu ‘Logos’ yang bermaksud: kata atau fikiran yang benar.
- Mengikut bahasa Arab ia berasal daripada perkataan ‘Natoqa’ yang bermaksud: berkata atau bercakap.
- Manakala mengikut pengertian kamus bahasa Melayu dikenali dengan nama logik iaitu berfikir benar.
Mengikut istilah pula, mantik klasik telah diberi dengan berbagai pengertian dan maksud oleh mereka yang pakar dalam ilmu mantik, antaranya ialah :

- Ibn Sina mendefinisikan ilmu mantik ialah suatu ilmu yang mengawal pemikiran manusia daripada tersalah dan terpesong sewaktu berfikir. Dalam erti kata lain, beliau juga menakrifkan mantik sebagai suatu ilmu untuk mencari dalil dan bukti serta menjadi peraturan-peraturan kepada manusia ketika berfikir.
- Imam al-Ghazali menakrifkan ilmu mantik sebagai suatu ilmu yang dapat membezakan di antara suatu ilmu yang membawa ke arah kebenaran dan keyakinan dengan ilmu yang membawa pemikiran ke arah kesamaran dan salah. Oleh itu, mantik menurut pendapat Imam al-Ghazali ialah ilmu yang membicarakan tentang peraturan-peraturan umum sewaktu berfikir dan sekaligus mengarahkan serta memandu akal pemikiran manusia kepada jalan yang benar dan mencapai matlamat yang betul. Dalam erti kata lain, Imam al-Ghazali mengatakan ilmu mantik adalah sebagai neraca segala ilmu atau Mizan al-‘llm.
- Aristotle pula berpendapat, ilmu mantik merupakan suatu ilmu yang menjadi alat serta asas kepada ilmu-ilmu lain.
- Aristotle pula berpendapat, ilmu mantik merupakan suatu ilmu yang menjadi alat serta asas kepada ilmu-ilmu lain.
- Menurut Epicurus yang merupakan salah seorang daripada ahli falsafah Jerman mengatakan ilmu mantik ialah sebuah kanun dan undang-undang berfikir.
- Ibn Khaldun berpendapat mantik adalah satu peraturan dan undang-undang yang boleh menjelaskan antara pemikiran yang benar dengan pemikiran yang salah. Antara lain, mantik berfungsi untuk menjelaskan hakikat sesuatu.
Dengan kata lain, mantik ialah suatu ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah umum supaya dapat menghasilkan pemikiran yang bernas. Membicarakan tentang keadaan dan kedudukan penyusunan lafaz-lafaz yang terbentuk dalam akal dan pemikiran manusia. Ia juga satu ilmu yang membahaskan pemikiran manusia secara umum, sama ada ia pemikiran yang benar atau salah.
Dengan tuntasnya, mantik diibaratkan suatu yang membicarakan tentang kaedah-kaedah yang dapat memandu manusia ketika berfikir dan mereka melahirkan pemikiran bersesuaian dengan ucapan serta dapat menapis maklumat-maklumat yang diterima sama ada sah atau tidak sah.
Nama mantik atau logika pertama kali muncul pada abad ke-1 sebelum Masihi tetapi dalam erti “seni berdebat”. Alexander Aphrodisias sekitar awal abad ke-3M adalah orang pertama yang menggunakan kata ‘logika’ dalam definisi ilmu yang menyelidiki benar tidaknya pemikiran manusia.
Yunani adalah negeri asal ilmu mantik kerana banyak penduduknya yang mendapat kurniaan otak cerdas. Negeri Yunani, terutama Athens diakui menjadi sumber berbagai ilmu.
Yunani adalah negeri asal ilmu mantik kerana banyak penduduknya yang mendapat kurniaan otak cerdas. Negeri Yunani, terutama Athens diakui menjadi sumber berbagai ilmu.
Socrates, Plato, Aristotles dan banyak yang lainnya adalah tokoh-tokoh ilmuan kelas pertama dunia pada masa itu yang tidak ada ilmuan global tidak mengenalnya sampai sekarang dan akan datang. Namun, Aristotles diangkat sebagai guru utama ilmu mantik.
Akan tetapi, meskipun Aristotles terkenal sebagai “Bapa Logika”, itu tidak bererti bahawa sebelum dia tidak ada ilmu mantik. Para ilmuan dan ahli falsafah sebelum Aristotles menggunakan mantik sebaik-baiknya. Namun, Aristotles adalah orang pertama yang membentangkan cara berfikir yang teratur dalam suatu sistem.
Dalam masyarakat Islam, perkembangan ilmu mantik telah lahir seiring dengan perutusan Nabi Muhammad SAWlagi. Di mana melalui hadis Baginda terdapat penuturan yang sememangnya menggunakan logik dan kebenaran berita yang diperkatakan semuanya benar tanpa sebarang pertikaian lagi.

Seterusnya pertumbuhan ilmu mantik dalam masyarakat Islam adalah ekoran perselisihan umat Islam dalam persoalan Imamah khasnya saat akhir pemerintahan khalifah al-Rasyidin dan awal pemerintahan khalifah Bani Umaiyyah. Perselisihan tersebut telah merebak kepada persoalan akidah yang akhirnya terbentuk puak Khawarij, Syiah dan Ahli al-Sunnah.
Antara lain, pada abad kedua hijrah telah muncul ulama mujtahid dari kalangan al-Tabiin dan Tabi al-Tabiin yang menggunakan kaedah al-Qiyas dalam ilmu Usul al-Fiqh, khasnya untuk istinbat. Selain dari itu, Imam al-Syafie juga telah menggunakan kaedah al-Istiqra untuk memastikan tempoh haid yang paling singkat dan yang paling lama terhadap wanita.
Secara langsungnya, ilmu mantik mempengaruhi dan bertapak dalam masyarakat Islam adalah ekoran perkembangan ilmu al-Kalam. Tokoh terkenal yang membincangkan tentang ilmu tersebut seterusnya mendukung aliran Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah ialah Abu Hassan al-Asyary dan Abu Mansur al-Maturidi. Mereka bangkit mempertahankan aliran Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan menggabungkan dalil akal berserta al-Quran dan Hadis untuk berhujah dan mengukuhkan akidah. Contohnya, kewujudan alam dan cakerawala yang begitu besar dan teratur membuktikan kewujudan Allah SWT sebagai Pencipta Mutlak.
Selain itu, ulama Islam juga telah mempelajari ilmu mantik dan menggunakan hujah serta logik akal untuk berdebat dengan ahli al-Kitab dan Parsi yang menggunakan falsafah dan mantik untuk berdebat dengan orang Islam.

Di samping itu, ulama Islam mempelajari mantik untuk berhujah dengan golongan Atheis dan al-Dahriyyun yang tidak mengakui kewujudan Allah SWT dan menolak pendapat mereka yang mengatakan alam ini terjadi dengan sendiri.
Tokoh ilmuan mantik klasik ialah Socrates, Arisrotle, Ibn. Sina dan Imam al-Ghazali
Tokoh ilmuan mantik moden ialah Francis Bacon, John Stewart Mill, Ibn.Haytham dan Ibn. Hayyan
Antara perbezaan di antara mantik moden dengan mantik klasik adalah:
- Mantik klasik hanya mengkaji bentuk-bentuk pemikiran dan mencipta peraturan-peraturan yang berbentuk teori. Peraturan tersebut dilalui dan diikuti oleh setiap pengkaji dan pemikir untuk menghasilkan keputusan yang benar dan tepat tanpa mengambil kira atau mengkaji bahan yang menjadi hakikat atau kandungan pemikiran tersebut.

Manakala mantik moden pula mengkaji bahan-bahan yang menyebabkan lahirnya pemikiran itu dan sebab-musabab sesuatu perkara yang wujud dan lahir serta mengaitkannya dengan apa yang terdapat pada kenyataan.
- Mantik klasik menumpukan serta memusatkan perhatiannya terhadap fizikal sesuatu benda tanpa menilai dan mengkaji atau meneliti kaitan di antara benda-benda yang dikaji tersebut.
- Mantik klasik menumpukan serta memusatkan perhatiannya terhadap fizikal sesuatu benda tanpa menilai dan mengkaji atau meneliti kaitan di antara benda-benda yang dikaji tersebut.
Manakala mantik moden pula menumpukan kajiannya terhadap benda dan bagaimana berlakunya perkara tersebut, sebab-sebabnya dan hubungannya di antara satu sama lain.
- Mantik klasik mementingkan dan mengutamakan teori semata-mata. Manakala mantik moden lebih menumpukan kepada percubaan dan amali terhadap teori yang digariskan.
Di antara manfaat ilmu mantik ialah membuat daya pemikiran seseorang lebih tajam tetapi lebih berkesan melalui latihan-latihan berfikir dan menganalisis serta mengungkap permasalahan secara ilmiah.
Membuat seseorang menjadi mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan mengerjakan sesuatu pada waktunya. Ilmu mantik juga membuat seseorang mampu membezakan antara yang baik dan buruk.

Dengan mempelajari ilmu mantik juga menjadikan seseorang bijak berfikir dan mempunyai hujah tersendiri untuk berdebat serta membidas kata-kata yang tidak masuk akal dan tidak mudah diperbodoh-bodohkan atau diperkotak-katikkan oleh individu lain sekiranya pada dirinya mempunyai ilmu mantik.
No comments:
Post a Comment