Dunia Melayu kaya cerita beri pengajaran didik masyarakat secara
halus dan sindiran. Cerita 'dilakonkan' watak binatang mahupun orang yang
disifatkan dengan sifat atau perangai tertentu.
Antara cerita popular ialah Mat Jenin, Pak Pandir, Lebai Malang,
Arnab dan Kura-kura, Sang Kancil dan sebagainya. Cerita itu yang biarpun banyak
diceritakan kepada kanak-kanak, namun tidak terkecuali orang dewasa turut
meminatinya.
Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan
pada sebatang jalan di tepi sungai. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura
yang merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.
Lalu Arnab berkata: "Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau
lambat sangat? Bila nak sampai tu? Teruklah kau ni."
Kura-kura pun menjawab: "Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama aku sampailah. Dah begini keadaan aku... terima ajelah."
Arnab berkata lagi sambil ketawa: "Ha..ha..ha…geli hati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha."
Kura-kura tidak puas hati dengan kata-kata Arnab itu, lalu berkata: "Jangan engkau hina aku Arnab. Kau belum tentu hebat dan boleh mengatasi aku dalam semua perkara."
"Eleh....kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah!" kata Arnab kepada Kura-kura dengan angkuhnya.
Kura-Kura rasa tercabar, namun masih dapat bersabar dengan kata-kata Arnab itu lalu berkata: "Jangan yakin sangat wahai Arnab. Belum cuba belum tahu ......."
Arnab yang memulakan cabaran sebaliknya rasa tercabar lalu berkata: "Aku cabar engkau, siapa yang sampai dulu ke hujung jalan sana, dia akan menang."
"OK! Aku terima cabaran kau, bila, di mana, cakap....aku bersedia bila-bila masa.... " ujar Kura-kura.
Lalu Arnab buat keputusan: "Hmmmm...esok pukul 4 petang"
Arnab telah menghebohkan perlumbaan itu dengan mengundang seluruh suku sakat, ipar-duai, dan juaknya serta rakan-rakan rapatnya untuk menyaksikan perlumbaan itu nanti, dengan niat untuk menunjukkan kekuatannya dan pada masa yang sama memalukan kura-kura.
Maka, bila tiba masa dan hari dijanjikan berlumbalah Arnab dan Kura-kura dengan disaksikan oleh seluruh penghuni rimba. Sikancil telah dilantik menjadi pengadil perlumbaan.

Sebaik perlumbaan dimulakan, Arnab terus memecut laju ke hadapan
sambil menerima tepukan gemuruh dari penonton. Manakala Kura-kura pula
bermula perlahan-lahan, namun tidak sedikitpun menunjukkan rasa kecewa.
Pada satu peringkat perlumbaan Arnab menoleh ke belakang. Dia
melihat Kura-kura sayup-sayup kelihatan di belakang antara nampak
dan tidak dalam bayangan fatamorgana.
Kura-kura pula terus melangkah, melangkah dan terus melangkah ke hadapan tanpa mempedulikan di mana kedudukan arnab. Matlamatnya hanya satu untuk menamatkan perlumbaan.

Kura-kura tidak kisah kalau kalah kepada Arnab kerana tahu kekurangan
yang ada pada dirinya. Kura-kura tidak malu bakal menerima kekalahan,
tetapi yakin dapat menamatkan perlumbaan biarpun lama masa diambil.
Manakala Arnab yang sombong telah berada jauh di hadapan dan yakin bahawa perlumbaan itu pasti dimuktamadkan dengan kemenangannya, Arnab berehat sebentar di pangkal sebatang pokok. Dengan tiupan udara rimba yang nyaman, Arnab tertidur di situ.

Ketika Arnab tertidur, Kura-kura meneruskan perjalanan tanpa
berehat. Tidak berapa lama kemudian Kura-kura tiba di pohon di mana Arnab
sedang lena tertidur.
Selepas terjaga dari lenanya Arnab menoleh ke arah lembah di mana kedudukan terakhir Kura-kura yang dilihatnya sebelum dia tertidur. Namun Kura-kura telah tiada. Apabila Arnab menoleh ke atas bukit, dia melihat Kura-kura sedang menerima tepukan dan kata-kata semangat dari penonotn kerana kedudukannya sudah hampir dengan garisan penamat.

Arnab yang terkejut dengan situasi itu terus berlari sekuat hati
untuk memintas Kuru-kura di garisan penamat. Namun, apabila hampir di
garisan penamat, Kura-kura terlebih dahulu melepasinya.
Arnab hanya ketinggalan satu meter di belakang Kura-kura. Jadi,
pengadil perlawanan, Kancil telah mengiystiharkan Kura-kura sebagai juara
pertandingan dan disambut dengan tepukan serta sorakan gemuruh dari seluruh
penghuni rimba.
Demikianlah selingkar kisah perlumbaan Arnab dan Kura-kura.
Apakah Iktibar dari Kisah Kura-kura dan Arnab ini?
- Jika hendak berjaya, bukanlah semestinya mempunyai kepandaian dan kekuatan fizikal sahaja. Tetapi yang penting ialah sikap.
- Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya.
- Sikap angkuh menyebabkan lupa diri.

- Kekuatan dan kelebihan diri belum tentu memberi keuntungan
jika tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.
- Kelamahan tidak semestinya menyebabkan
kegagalan. Sebaliknya usaha tanpa jemu akan membuahkah kejayaan.
- Jangan pendang rendah kepada kemampuan pihak lawan biarpun
ternyata dalam serba kekurangan.
- Sikap buruk membawa kepada kegagalan.
- Sikap sambil lewa, sikap terlalu yakin, sikap bertangguh,
sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap kemampuan orang lain
perlu dijauhkan.
- Sikap positif membawa kepada kejayaan.
- Jangan mudah mengaku kalah biarpun sedar kemampuan kita tidak setanding dengan orang lain.

- Tetapkan matlamat dan jangan mudah rasa putusa asa.
- Jangan persia-siakan peluang yang ada.
- Untuk berjaya, amat penting sentiasa konsisten ataupun
istiqamah.
- Sabar membawa kepada kejayaan.
- Bentuk keyakinan dan pertahan harga diri yang tinggi.
- Jangan mudah mengalah biarpun nampah seakan-akan atau pasti
akan kalah.
Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan
dengan kehidupan manusia sebenarnya.
- Pertama, ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup kerana sikap mereka. Mereka yang gagal ini mewarisi sikap buruk seperti arnab tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
- Menerusi cerita ini kita tahu Allah SWT tidak suka orang yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan bahawa dirinyalah yang lebih hina daripada orang yang dihina itu. Apabila arnab memandang hina kura-kura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong. Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula, ia membela maruah diri dengan menyahut cabaran arnab itu.
- Sikap ego pada diri seseorang jika tidak dikawal boleh memusnahkan dirinya sendiri. Oleh itu, dalam hidup ini kita tidak boleh ego iaitu merasakan diri lebih baik daripada orang lain.

No comments:
Post a Comment