Resiko masalah perut buncit boleh berlaku
sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita. Punca perut buncit disebabkan cara
kehidupan yang tidak aktif ditambah pemakanan yang tidak sihat,
maka berlaku masalah perut buncit ini. Banyak keburukan disebabkan perut buncit.
Pun begitu, ramai orang kerap bergurau dengan
mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang
pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan
banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.
Lelaki biasanya mengalami masalah
buncit apabila berkahwin, manakala wanita pula berkemungkinan besar akan
mengalami buncit apabila melahirkan anak.
Lemak yang terkumpul di perut boleh
diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati,
jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan
seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki
ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh
pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah
berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut
saudara.
Perut buncit merupakan kriteria
utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait
rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah
jantung dan sebagainya.
Tidak ada cara selain menjaga
pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi
masalah perut buncit.
Mungkin cara sedutan lemak atau
'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika
tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar
perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan
Jangan fikir mudah soal perut buncit. Anggaplah ia
satu perkara yang penting untuk dielak terjadi pada diri anda dan ahli
keluarga. Antara resiko perut buncit ialah:
Penyakit Jantung
Seseorang yang mengidap perut buncit, yang merupakan salah
satu kategori obesiti, mempunyai resiko ngeri pada dada bahagian kiri, serangan
jantung, maupun gagal jantung yang tinggi. Resiko tersebut tergolong dalam
penyakit jantung yang terjadi akibat dari pembuluh darah pada jantung yang
tersumbat. Bila bahaya perut buncit tidak dipedulikan, tidak diragukan lagi
kematian mendadak yang akan menghampiri.
Diabetes Tahap 2
Perut buncit sebagai akibat dari kenaikan berat badan yang
mencapai 5-10 kg dan melebihi berat badan ideal akan membuat kemungkinan
seseorang menderita diabetes dua kali lebih besar dibanding yang tidak mengidap
perut buncit. Berdasarkan penelitian, sejumlah 80 persen penderita diabetes
tahap 2 merupakan para pengidap perut buncit atau obesiti sentral.
Stroke
Endapan lemak jahat yang berlebihan merupakan faktor utama
perut yang membuncit. Selain mengendap pada perut, lemak jahat juga berpotensi
besar mengendap pada saluran pembuluh darah, sehingga dapat terjadi penyumbatan
yang disebut juga dengan aterosklerosis.
Pembuluh darah yang menyempit akibat dari penyumbatan
mengakibatkan terjadinya pembekuan darah. Kes darah pada pembuluh yang membeku
merupakan awal dari penyakit stroke. Meskipun merupakan faktor sekunder yang
mengakibatkan stroke, masalah perut
buncit harus dikawal.
Kematian awal
Centers
for Disease Control (CDC) menjelaskan bahawa obesiti, khususnya obesiti sentral
merupakan penyebab terjadinya 300,000 kematian setiap tahun di negara Amerika
Syarikat. Berdasarkan penelitian yang telah banyak dilakukan, adanya kenaikan
peratusan resiko kematian awal sejumlah 50-100% pada pengidap obesiti dibanding
dengan seseorang yang tidak mengidap perut buncit ataupun obesiti.
Masalah Seksual
Pembentukan lemak di perut, boleh
mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara. Obesiti akan
mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan
menyebabkan pengeluaran testosteron menurun.
Meskipun hasil kajian tentang
pelangsingan tubuh dan mati pucuk terus berkembang, fakta menunjukkan bahawa
lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyai diet yang sihat secara relatif
memiliki aktiviti seks yang berkualiti.
Pakar-pakar perubatan juga berharap
fakta bahawa dengan menurunkan berat badan dapat memperbaiki kehidupan seks
akan membuka mata kaum Adam yang berperut buncit supaya lebih sedar tentang
ancaman bahaya penyakit lain seperti jantung, diabetes dan strok.
Ujian tahap kebuncitan boleh dilakukan
secara mudah iaitu berdiri dan melihat keadaan perutnya. Jika tidak dapat
melihat zakar sendiri, itu tandanya seseorang ada masalah.
Perut buncit, memberi kesan buruk
pada kehidupan seksual seseorang dengan mempengaruhi kesihatan pembuluh darah
mereka.
Ereksi terjadi semasa saluran darah
menuju zakar membesar dan menyebabkan organ itu terisi penuh dengan darah.
Proses ini bermula ketika lapisan dalam saluran darah melepaskan nitrat oksida,
iaitu sejenis molekul yang memberi signal pada otot-otot di sekitarnya supaya
rileks. Viagra dan ubat-ubatan sejenis dengannya bekerja dengan meningkatkan
jumlah nitrat oksida dalam endotelium.
Apabila endotelium tidak dapat
berfungsi secara maksimum, zakar tidak mendapat limpahan darah yang mencukupi
untuk mencetuskan atau mempertahankan ereksi.
Ereksi pada dasarnya adalah satu
fenomena kardiovaskular. Jika aliran darah tidak meningkat disebabkan saluran
darah tidak membesar secara normal, akan ada penurunan dalam fungsi ereksi.
Jantung yang tidak sihat juga
menyebabkan mati pucuk dengan cara yang lain. Tabiat gemar 'mengumpul lemak'
dan malas bersenam yang membuatkan tubuh semakin gemuk turut menyumbang pada
penyempitan serta pengerasan arteri oleh kolesterol.
Aterosklerosis, yang dikenal pasti
sebagai faktor pencetus serangan jantung, juga mudah terjadi pada saluran darah
kecil yang mengarah ke zakar. Bahkan aterosklerosis pada awalnya menyerang
saluran-saluran kecil dan ini menjelaskan mengapa mati pucuk dapat dijadikan
petanda awal penyakit jantung.
Masalah saluran darah
bertanggungjawab pada sebahagian besar kes mati pucuk yang dialami lelaki obes
berusia 40 tahun ke atas. Tetapi penyebab umum lain adalah rendahnya kadar
testosteron, yang juga berkait dengan obesiti. Kadar hormon seks lelaki yang tinggi
sangat penting untuk mempertahankan ghairah seks dan mengalami ereksi.
Disebabkan lelaki semakin gemuk,
fenomena mati pucuk kian meningkat. Kepada mereka yang berperut
buncit, berwaspada dengan penurunan kadar testosteron. Lemak di perut nampaknya
memiliki kesan lebih besar terhadap hormon berbanding lemak di bahagian lain
tubuh.
No comments:
Post a Comment