Sunday 15 January 2017

Cara membentuk motivasi kerja cemerlang

Untuk mendapat hasil yang lebih baik, setiap pekerja perlu meningkatkan produktiviti. Mereka perlu lebih cemerlang dan hebat berbanding sebelumnya. Peningkatan produktiviti berkait rapat dengan motivasi pekerja dalam melaksanakan tugas.

Terdapat cara untuk membentuk motivasi kerja cemerlang di kalangan pekerja.  Cara ini diharap dapat membuahkan kesan positif.

Pelbagai kemahiran (skill variety). Maksud pelbagai kemahiran adalah merujuk kepada keperluan pelbagai kemahiran diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas yang diberikan. Jadi, seorang pekerja boleh melakukan banyak tugas tanpa perlu mendapat bantuan pekerja lain. Jadi, pekerja itu mampu memberi tumpuan untuk menyiapkan keseluruhan tugas tanpa perlu menanti kehadiran pekerja lain. Pekerja berkenaan akan mempunyai motivasi lebih tinggi kerana sedar apa yang dilakukan mungkin akan menentukan kesempurnaan tugas itu 100 peratus ditentukan oleh dirinya atau kumpulannya.      

Identiti tugas (task identitiy). Identiti tugas merujuk kepada setakat mana keperluan tugas yang perlu dilakukan seseorang pekerja untuk menyiapkan peringkat atau tugas yang ditetapkan. Penugasan ini penting sebagai satu pengiktirafan kemampuan seseorang pekerja. Dia lebih bermotivasi untuk melakukan tugasan yang hanya dia dan sekelompok tertentu sahaja mampu melakukannya.  

Kepentingan tugas (task significance). Konsep ini merujuk kepada tahap kesan tugas yang dilakukan untuk keseluruhan operasi, tugasan orang lain dan persekitaran tempat kerja. Ia menjelaskan bahawa tanpa perlaksanaan tugas yang perlu dilakukan itu, maka mungkin keseluruhan operasi akan gagal. Jadi, pekerja yang diserahkan tugas itu akan lebih bermotivasi kerana peringkat operasi lain amat mengharapkan kesempurnaan tugas yang dilakukan olehnya. Ia diaggap satu tugas penting dan mesti dilaksanakan sebaik mungkin.

Autonomi (autonomy). Autonomi ialah kebebasan yang diberikan oleh pihak atasan dalam melaksanakan tugas. Kebebasan yang diberikan bermakna keyakinan pihak atasan terhadap keupayaan seseorang. Jika itulah kepercayaan pihak atasan, tentu sekali atonomi itu memberi motivasi besar bagi setiap pekerja. Dia mampu merancang dan melakukan apa yang terbaik dapat dia lakukan.  

Maklum balas (feedback). Ini merujuk kepada maklumbalas yang diperoleh daripada pihak lain berdasarkan hasil kerja atau operasi organisasi. Maklum balas 'bebas' ini memberi motivasi kepada pekerja bahawa itu adalah yang 'sebenar' dan bukannya ada unsur pilih kasih di pihak pengurusan.

No comments:

Post a Comment