Kawat atau kawad aktiviti mampu bentuk disiplin, tatatertib, taat setia
dan kerjasama pelajar mahupun anggota badan beruniform.
Berkawat adalah salah satu kaedah melahirkan
individu cergas dan berdisiplin. Sebab itu, pasukan beruniform yang
mengutamakan kecergasan dan disiplin yang tinggi mewajibkan setiap anggotanya
berkawat.
Falsafah kawat ialah melatih setiap anggota
supaya cergas, berdisiplin, bermegah dengan tatatertib, taat setia dan
berkerjasama. Ciri-ciri itu menjadi lambang kemegahan dan keistimewaan pasukan
beruniform berbanding jabatan lain.
Aspek kecergasan lahir daripada aktiviti kawat
yang agak lasak dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Anggota perlu
melakukan pergerakan kawat di tengah panas terik dalam tempoh masa yang
panjang.
Pergerakan kawat perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan sepenuh hati untuk melahirkan pergerakan yang padat yang
mana sekiranya ia dilakukan sambil lewa, pergerakan kawat tidak kelihatan
kemas.
Pergerakan tidak sepenuh hati juga akan mengubah
tempo berkawat yang ditetapkan. Semua pergerakan perlu dilakukan dengan
serentak bagi setiap anggota yang berada dalam perbarisan.
Justeru itu, setiap anggota perlu cergas dan
pantas, selain memberi perhatian terhadap setiap arahan yang diberikan kerana
jika lewat atau cepat hanya satu saat berbanding dengan anggota lain akan
menyebabkan pergerakan kawat menjadi cacat dan tidak menarik.
Berdasarkan ciri-ciri cegas dan disiplin yang
dapat dibentuk melalui berkawat, mendorong kebanyakan jabatan memperkenalkan
asas-asas pergerakan kawat kepada pekerjanya.
Bahkan dalam kebanyakan kursus dianjurkan oleh
jabatan turut memperuntukkan masa atau slot untuk peserta berkawat biarpun
dalam tempoh masa yang singkat.
Latihan kawat perlu diadakan berbulan-bulan jika
hendak memastikan anggota dapat berkawat dengan baik atau melakukan pelbagai
pergerakan kawat.
Uuntuk latihan asas kawat kepada peserta kursus
singkat mereka sekadar dianjar seperti sedia, senang diri, berjalan dan
beberapa pergerakan lain yang sesuai untuk sesuatu majlis.
Biarpun sekadar pergerakan asas dan tidak
memakai uniform, peserta kursus yang mengikuti latihan kawat menunjukkan
'peningkatan' dari segi kecergasan dan disiplin,".
Latihan kawat perlu dilaksanakan di peringkat
sekolah (semua pelajar) dan pekerja di jabatan kerajaan maupun swasta bagi
meningkatkan kecergasan dan tahap disiplin.
Dengan kata lain, berkawat memerlukan tahap
disiplin yang amat tinggi. Setiap anggota berkawat juga perlu memberi tumpuan
100 peratus kepada kawat yang sedang dilakukan.
No comments:
Post a Comment