Hormat orang tua. Golongan tua
di Malaysia kian bertambah hasil program kesihatan yang lebih baik dan cara
hidup yang mementingkan penjagaan kesihatan.
Seperlima
warga kita berusia 60 tahun ke atas pada tahun 2020 nanti. Angka ini amat besar
dan boleh mencetuskan kesan politik yang mencabar. Ia bukanlah tugas mudah
kerana melibatkan sikap rakyat, baik yang muda mahupun yang tua, pendirian
majikan dan ketegasan pemerintah.
Warga tua
ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini
berpandukan kepada takrifan yang dibuat di World Assembly On Ageing, 1982
di Vienna. Definisi yang diguna pakai di Malaysia, adalah mereka yang
berumur lebih 60 tahun ke atas.
Arah aliran
demografi bagi penduduk berumur 15 tahun ke bawah semakin menurun bagi negara
maju dan membangun, manakala arahaliran demografi bagi penduduk berumur lebih
60 tahun semakin meningkat.
Malaysia akan
mencapai kategori Nation of Ageing Population menurut takrifan
United Nations kerana Malaysia telah mencapai kadar penduduk warga tua yang
melebihi 7%.
Bilangan penduduk yang berumur 60 tahun ke atas mengalami peningkatan 5.9% (1991) menjadi dua kali ganda pada 2010 dan tiga kali ganda pada 2020. Jumlah penduduk warga tua akan mewakili 9.8% penduduk menjelang 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4.4%.

Jika dilihat dengan lebih teliti, tren
demografi ini mempunyai ciri-ciri tertentu di mana tren demografi yang berbeza
mengikut etnik. Daripada segi etnik, kaum Cina menghadapi
fenomena penuaan yang lebih cepat berbanding dengan kaum lain.
Terdapat
pembahagian gender yang berbeza di mana warga tua daripada golongan wanita
adalah lebih ramai daripada lelaki. Hal ini memerlukan fokus yang lebih
prihatin dan sensitif kepada isu gender.
Merujuk kepada
tren demografi di Sarawak, negeri itu menghadapi masalah penuaan yang mana pada
tahun 1998 peratusan warga tua melebihi umur 60 tahun adalah lebih tinggi di
Sarawak iaitu 6.5%, melebihi peratusan kebangsaan.
Arah aliran
penduduk warga tua ini membawa pelbagai cabaran baru bukan sahaja kepada
individu, tetapi juga keluarga, komuniti dan negara. Berbagai-bagai isu dan
implikasi timbul akibat daripada arah aliran tersebut.
Sementara
penduduk sedang mengalami proses penuaan, teknologi mula diserapkan ke dalam
semua aspek kehidupan seharian dan mengubah cara, bentuk dan skop
berkomunikasi, pendidikan, dan penjagaan kesihatan.
Rutin aktiviti
harian seperti perbankan, mencari maklumat, dan pembayaran bil kesemua itu
memerlukan penggunaan komputer. Warga tua perlu berinteraksi dengan kehidupan
berteknologi untuk membantu rutin harian.
Teknologi
komputer menjamin kualiti hidup yang lebih baik bagi warga tua yang
berkeupayaan menjalankan tugas harian. Walau bagaimanapun masalah yang dihadapi
berkaitan dengan reka bentuk produk dan masalah akses untuk mendapatkan
kemahiran yang amat terbatas.
Tanggapan
bahawa sudah tua, sudah tidak berdaya masih lagi membelenggu pemikiran
sebahagian kita. Hal ini perlu dirubah dengan segera. Ikut resam padi,
semakin menunduk semakin menjadi. Kalau hendak santan, maka carilah
kelapa tua.
Selain
daripada faktor kesihatan jasmani dan rohani yang utama, kemahiran atau ilmu
pekerja tua juga turut diambil kira. Oleh itu, amalan kesihatan dan falsafah
belajar sepanjang hayat amat genting di pihak pekerja terutama yang memasuki
zaman usia 50-an.
Gambaran
bahawa pekerja tua semakin kurang produktif sebenarnya tidak tepat. Azam
berdikari dan berdisiplin tinggi merupakan teras kejayaan pekerja yang kian
menua. Mereka memanfaatkan pengalaman dan kepakaran yang dibina sejak masa
muda.
Oleh itu, harus
ada penilaian objektif untuk membolehkan mereka bekerja dan meraih ganjaran
setimpal rakan kerja yang lebih muda. Suasana merangsang pekerja tua perlu
diwujudkan.
Peningkatan penjagaan kesihatan dan kesedaran gaya hidup sihat membolehkan warga emas meneruskan aktiviti kehidupan secara normal dan mampu menggalas tugas untuk menyumbang kepada pembangunan eknomi, kesejahteraan dan keharmonian.
Banyak warga emas mencipta kejayaan selepas mereka menamatkan kerja tetap yang diceburi sejak usia muda. Mereka mencari peluang pekerjaan baru, terutama memulakan perniagaan dan mencapai kejayaan dari segi pulangan kewangan yang lebih baik berbanding kerjaya sebelumnya.
Sebenarnya tidak ada istilah tua atau pencen kepada mereka yang mempunyai motivasi serta matlamat hidup yang tidak pernah terhenti. Ini bukan bermakna sikap tamak kepada dunia, tetapi sebagai memenuhi tuntutan agama bahawa mencari rezeki itu satu ibadah.
Harta atau wang yang diperoleh mampu digunakan untuk pelbagai tujuan baik yang tentunya diberi ganjaran pahala sebagai bekal hidup di akhirat.

No comments:
Post a Comment