Kebaikan tujuan melancong. Kerajaan
memberi tumpuan memaju industri pelancongan kerana memberi manfaat
dalam pelbagai sektor lain, termasuk memberi imej penting berkaitan Islam di
Malaysia. Perkara ini tentu bertentangan dengan
pemikiran kebanyakan kita apabila disebut pelancongan, ia dikaitkan dengan
keseronokan, hiburan, aktiviti tidak bermoral, pelacuran dan perjudian.
Hakikatnya,
pelancongan merangkumi segenap aspek seperti persidangan, sukan, riadah,
pendidikan, perubatan, perniagaan dan hubungan diplomatik.
Islam sebenarnya telah lama memperkatakan
tentang aktiviti melancong dan menggalakkan agar umat Islam melakukan aktiviti
itu untuk mendapat banyak kebaikan daripadanya.
Dalam al-Quran terdapat kalimah seperti sihu, yasiru, siru dan al-rihlah yang mempunyai maksud berkaitan dengan mengembara dan melancong.
Dalam al-Quran terdapat kalimah seperti sihu, yasiru, siru dan al-rihlah yang mempunyai maksud berkaitan dengan mengembara dan melancong.
Aktiviti pelancongan dapat menjana ekonomi
dan memperkasakan kecerdasan emosi serta rohani. Malah pelancongan boleh
menjadi wadah menyebarkan dakwah di kalangan pelancong yang datang ke tanah
air.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Pergilah
berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang
yang mendustai Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11).
Allah SWT menyuruh kita melancong agar dapat
kita melihat keunikan ciptaan alam dan budaya hidup masyarakat sesuatu
kaum. Setiap tempat mempunyai perbezaan dari segi penciptaan alam
semulajadi dan penduduknya.
Pengalaman yang diperoleh melalui pelancongan diharapkan dapat menyedarkan betapa hebatnya penciptaan Allah SWT dan secara langsung dapat menimbulkan rasa kehambaan kepadaNya.
Pengalaman yang diperoleh melalui pelancongan diharapkan dapat menyedarkan betapa hebatnya penciptaan Allah SWT dan secara langsung dapat menimbulkan rasa kehambaan kepadaNya.
Semasa melancong hendaklah dengan niat yang
baik dan tidak terbabit dengan aktiviti yang bercanggah dengan syariat. Ingatlah,
sesuatu yang dilakukan tanpa diniatkan kerana Allah SWT adalah sia-sia.
Bagi memastikan aktiviti pelancongan menepati
kehendak Islam semua pihak yang terbabit mestilah memastikan tiada sebarang
aktiviti menyanggah syariat berlaku.
Tidak dinafikan, aktiviti pelancongan di
negara turut melibatkan arak, perjudian dan hiburan, ia diuruskan oleh
pengusaha bukan Islam dan disediakan untuk pelancong bukan Islam.
Justeru, pengusaha atau syarikat pelancongan Islam mesti mengelak terlibat mengendalikan aktiviti tidak menepati syarak.
Justeru, pengusaha atau syarikat pelancongan Islam mesti mengelak terlibat mengendalikan aktiviti tidak menepati syarak.
Penglibatan pengusaha Islam dalam industri
pelancongan diharapkan dapat mengelak sikap sekadar meraih untung seperti yang
diamalkan oleh pengusaha bukan Islam.
Mereka menyediakan kemudahan ibadat untuk orang Islam, tetapi pada masa sama juga menawarkan khidmat tidak bermoral jika dipinta.
Mereka menyediakan kemudahan ibadat untuk orang Islam, tetapi pada masa sama juga menawarkan khidmat tidak bermoral jika dipinta.
Amat malang sekali ada pengusaha yang sanggup
menipu pelancong. Penganjur pakej umrah dan haji yang bertujuan
mengerjakan ibadat umrah sanggup menipu pelanggan.
Mereka berlagak warak dan alim, tetapi telah melakukan sebaliknya. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Mereka berlagak warak dan alim, tetapi telah melakukan sebaliknya. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
No comments:
Post a Comment