Friday, 13 January 2017

Mangsa dera alami kesan trauma dalam tempoh masa panjang

Saban hari banyak kes dera dan keganasan rumah tangga dilaporkan. Kes membabitkan orang terdekat termasuk suami dan keluarga pertalian darah seperti saudara mara.

Mereka mengalamai isu keganasan dan penderaan mangsa menjadi trauma dan mereka sepatutnya memerlukan sokongan dan semangat untuk mengembalikan kehidupan normal.

Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana membawa kesan kepada sosial dalam masyarakat.

Amat mendukakan statistik menunjukkan peratusan pendera mengikut kaum, Melayu mencatatkan jumlah, tertinggi iaitu sebanyak 44 peratus berbanding India (30 peratus) dan Cina (18 peratus).

Akta keganasan rumah tangga yang diwujudkan dilihat sebagai pintu kebal yang melindungi wanita daripada terus menjadi mangsa keganasan lelaki yang mendera dari aspek emosi, psikologi, mental dan fizikal golongan Hawa.

Kejadian dera adalah masalah sosial yang membengkak dalam masyarakat. Istilah penderaan itu sendiri begitu luas dan konsepnya tidak mengenal jantina dan ia boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu penderaan fizikal dan mental.

Penderaan fizikal lazimnya menggunakan tangan atau objek manakala penderaan mental menjurus kepada kata-kata atau perbuatan yang boleh mendatangkan tekanan mental kepada mangsa. Penderaan jenis ini membuatkan seseorang menjadi murung, tidak lalu makan dan rasa tertekan.

Dera emosi pula, ia membuatkan mangsa menjadi tidak tenteram dan lebih membabitkan perasaan. Sebagai contoh, jika isteri melakukan perkara yang tidak disukai suami seperti keluar rumah tanpa keizinan dan memakai pakaian yang tidak disukai, ia dianggap satu penderaan emosi terhadap suami.

Penderaan ekonomi pula, apa saja yang menggugat kesejahteraan rumah tangga seperti kekurangan dalam memberi nilai kebendaan kepada isteri boleh dianggap penderaan ekonomi. Sebagai contoh, suami tidak membeli pakaian ia dianggap boleh menyebabkan penderaan ekonomi.

Oleh itu, apa saja yang memberi kesan kepada seseorang menyebabkan rasa sengsara dari segi emosi, psikologi dan ekonomi, ia jelas adalah salah satu bentuk penderaan.

Apa saja situasi yang berlaku, ia adalah titik permulaan kepada penderaan atau keganasan. Paling tenat atau membimbangkan, penderaan emosi atau psikologi bertukar kepada penderaan fizikal. Sebagai contoh, contohnya, kes simbah asid kepada mangsa, menyebabkan mereka menjadi trauma.

Apabila melihat cermin mangsa akan mengingati kejadian itu. Bukan kesan simbahan itu menyebab parut yang buruk malah paling teruk ialah ia mengganggu emosi mangsa.

Penderaan fizikal, emosi dan psikologi sebenarnya mempunyai hubungan. Ini kerana penderaan fizikal itu berlaku hasil daripada penderaan emosi dan psikologi juga.

Lebih mengecewakan, kes penderaan yang tinggi jumlahnya ini kebanyakannya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa menyebabkan pihak terbabit sukar mengambil tindakan atas dasar kasih sayang, pujukan pasangan dan perasaan trauma dan takut kejadian dera berulang kembali atau lebih teruk.

No comments:

Post a Comment