Bukan Islam atau kafir boleh masuk atau berada di dalam masjid jika bertujuan baik. Bukan Islam harus dibenarkan untuk melihat
keindahan masjid, menyertai aktiviti tertentu bersama orang Islam, urusan
kemasyarakatan dan sebagainya.
Ketika berada di dalam
masjid, mereka perlu mengetahui adat-adat atau peraturan yang sepatutnya
dipatuhi. Hal ini sebenarnya bukan saja perlu dipatuhi oleh bukan Islam, bahkan
orang Islam sendiri.
Kemuliaan dan kedudukan masjid sebagai rumah Allah perlu dijaga. Masjid adalah tempat paling mulia di atas muka bumi ini. Maka itu ia tidak boleh dicemari dengan apa saja perbuatan yang ditegah oleh agama.
Majoriti ulama berpegang sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam memutuskan bahawa harus bukan Islam memasuki masjid.
Hadis itu mencerita mengenai sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam. Tsumamah diikat di salah satu tiang di dalam sebuah masjid.
Kemudian Rasulullah SAW menuju kepada tawanan itu seraya bersabda “lepaskanlah Tsumamah”. Kemudian Tsumamah berangkat menuju ke kebun kurma berdekatan masjid dan mandi. Selepas itu Tsumamah masuk semula ke dalam masjid sambil melafazkan kalimah dua syahadah menjadi seorang muslim.
Berdasarkan hadis ini, nyata bahawa jika tindakan membawa seseorang bukan Islam ke dalam masjid menjadi satu kesalahan tentu sekali Rasulullah SAW akan menegur tindakan sahabat membawa masuk bukan Islam ke dalam masjid itu.

Masjid menjadi destinasi
pelancongan kerana wujud ciri-ciri menarik, terutama seni bina dan perkara yang
biasanya tidak diketahui oleh bukan Islam.
Juteru, orang bukan Islam
berminat untuk memasuki masjid dan mendapat pengalaman baru yang ada antara
mereka kali pertama menjejak kaki ke dalam masjid.
Sebenarnya, keinginan bukan
Islam ingin melawat masjid patut dialu-alukan kerana ia menjadi sebahagian
daripada dakwah secara tidak langsung. Mereka berpeluang mendekati tempat
ibadat orang Islam dan sedikit sebanyak mengetahui tentang sembahan orang
Islam.
Dalam masjid tidak ada
sebarang simbol atau objek yang disembah. Ini berbeza dengan agama lain yang
mana di dalam tempat ibadat mereka terdapat simbol atau objek yang dijadikan
sembahan mereka.
Ini bertepatan dengan
kepercayaan orang Islam bahawa Allah tidak menyerupai atau mewakili mana-mana
objek atau kejadian yang boleh dicipta atau digambarkan oleh manusia.
Dengan kata lain, masjid
bukanya tempat 'tinggal' Allah. Allah ada di mana-mana saja. Masjid adalah
tempat khusus untuk melakukan ibadat, tetapi ibadat atau solat boleh dilakukan
di mana-mana saja asalkan menepati beberapa syarat seperti bersih dari najis.
Orang bukan Islam yang
melawat masjid akan mengetahui sedikit sebanyak konsep ibadat orang Islam. Pada
masa sama mereka akan mempunyai pandangan baik mengenai Islam. Setidak-tidaknya
mereka tidak menganggap Islam agama ekstrem atau mendatangkan bahaya kepada
penganut agama lain.
Mereka tidak takut untuk masuk ke masjid
kerana yakin kepada keamanan dan keselamatan yang dijanjikan oleh Islam.
No comments:
Post a Comment