Friday, 13 January 2017

Doa akhir tahun

Doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah. Manakala doa awal tahun pula dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.

Amalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun diakui tidak dilakukan oleh Rasulullah berdasarkan hakikat belum lagi wujud penggunaan takwim atau kalendar Islam. 

Oleh sebab amalan itu tidak dilakukan pada zaman Rasulullah, ada satu golongan ulama berpendapat perbuatan itu bidaah.

Manakala golongan ulama yang mengatakan harus dilakukan, berpendapat doa itu bertujuan memohon kebaikan dan tidak pula menampakkan percanggahan dengan kepentingan Islam. 

Malah jika pun itu termasuk dalam perbuatan bidaah, boleh dikategorikan dalam bidaah hasanah yang membawa kebaikan.


Bidaah itu diharuskan selagi pengamalnya tidak meletakkan bahawa perbuatan itu sebagai amalan wajib yang dikaitkan pula satu perintah disampaikan oleh Rasulullah. 

Doa akhir tahun dan awal tahun yang diamalkan sekarang terdapat dalam kitab Majmu Syarif yang tersebar luas edarannya. Dalam buku itu dinyatakan doa berserta fadilatnya.
 

No comments:

Post a Comment