Sunday 15 January 2017

Pengurus tanggungjawab

Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, manusia terikat kepada tanggungjawab yang telah ditetap oleh Allah. 

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu aspek pengurusan satu perkara yang perlu ditekankan. Tanpa kebijaksanaan mengurus, kehidupan menjadi tidak teratur dan gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.

Namun, pengurusan yang baik tidak hanya dinilai pada kejayaan mencapai matlamat. Pengurusan yang baik tidak sekadar melihat apa yang dihasilkan, tetapi juga segala proses sehingga hasil itu tercapai. 

Contohnya, pemaju perumahan tidak hanya melihat kepada kejayaan membina rumah semata-mata, tetapi mengambil kira tentang aspek lain seperti kesan kepada alam sekitar dan masyarakat sekitar. 

Perkara ini dititik beratkan kerana ia kembali kepada matlamat asas penciptaan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Justeru, dalam menjayakan pergurusan yang holistik, kita perlu bersandarkan kepada tiga aspek utama iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment