Jika pergi kepada syarikat guaman atau bertemu peguam untuk membantu menyediakannya, mungkin kena bayaran khidmat beberapa ratus ringgit. Jika tidak bernasib baik mungkin melibat kos lebih tinggi hingga RM1,000.
Sebab itu, banyak pihak yang tidak menyediakan surat perjanjian sewa rumah, sewa bangunan, sewa kedai, sewa gudang atau sebagainya. Mereka hanya berjanji secara lisan sahaja.
Dari segi undang-udang, janji lisan juga satu perjanjian. Tetapi, jika timbul masalah pelanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada pembuktian secara bertulis atau hitam putih mengenainya. Lainlah jika perjanjian itu ada saksi. Itupun masih tidak dianggap bukti kukuh, tambah-tambah jika kewibawan saksi diragui.
Sedangkan sebenarnya, untuk menyediakan surat perjanjian
bukan sukar. Ia boleh ringkas sekadar satu muka atau dua muka surat saja.
Paling penting, nama pihak yang terlibat dicatatkan, sewaan dan beberapa
perkara penting yang ingin dipersetujui. Perlu juga ada saksi. Kemudian, untuk
mengukuhkan 'ikatan' itu, surat itu disahkan atau ditandatangi berserta cap
oleh majisterit atau pesuruhjaya sumpah.
Surat perjanjian sewa atau penyewaan merupakan surat yang berisi persetujuan yang mengikat antara dua pihak atau lebih. Dengan surat perjanjian itu kedua belah pihak harus menepati janji yang telah disepakati.
Surat perjanjian sewa atau penyewaan merupakan surat yang berisi persetujuan yang mengikat antara dua pihak atau lebih. Dengan surat perjanjian itu kedua belah pihak harus menepati janji yang telah disepakati.
Bila ada satu pihak yang mengingkari janji atu pihak lainnya berhak menuntut agar pematuhan dilakukan atau satu tuntutan gantirugi yang sewajarnya boleh dipohon terhadap pihak yang ingkar.
Tidak ada bentuk surat atau bahasa tertentu yang ditetapkan. Bagaimanapun, antara yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan surat perjanjian sewaan itu ialah:
- Isi saling disepakati pihak yang terkait.
- Isi tidak bersifat menekan pihak lain.
- Isi tidak menimbulkan rasa tidak puas hati berbagai pihak.
- Isinya di buat atas dasar persetujuan bersama.
- Bentuknya benar sesuai perkara yang berkaitan.
- Menggunakan bahasa yang saling difahami oleh pihat yang
terbabit.
- Ada pihak yang bertindak sebagai saksi.
Sebenarnya, surat perjanjian, tidak kira apa jenis perjanjian seperti jual beli rumah, sewa beli kenderaan, jual beli tanah, menyerah kontrek, pengambilan tanggungjawab atau tugas, pinjaman wang dan sebagainya adalah lebih kurang sama.
Yang penting ialah penyataan isu kandungan perjanjian yang dipersetujui atau ditetapkan. Jadi, tidak seharusnya menjadi satu kesukaran untuk menyediakan surat perjanjian yang berkaitan.
Banyak orang menyangka, surat perjanjian sukar disediakan disebabkan perlu menggunakan 'ayat undang-undang' dan terlalu 'teknikal' untuk ia menjadi sah di sisi undang-undang.
Sedangkan hakikatnya, apa saja tulisan yang difahami oleh kedua-dua pihak dan dipersetujuai bahawa ia satu perjanjian yang mengingkat mereka dalam perkara yang dipersetujuai, maka ia dianggap sebagai satu surat perjanjian.
Sebenarnya, surat perjanjian, tidak kira apa jenis perjanjian seperti jual beli rumah, sewa beli kenderaan, jual beli tanah, menyerah kontrek, pengambilan tanggungjawab atau tugas, pinjaman wang dan sebagainya adalah lebih kurang sama.
Yang penting ialah penyataan isu kandungan perjanjian yang dipersetujui atau ditetapkan. Jadi, tidak seharusnya menjadi satu kesukaran untuk menyediakan surat perjanjian yang berkaitan.
Banyak orang menyangka, surat perjanjian sukar disediakan disebabkan perlu menggunakan 'ayat undang-undang' dan terlalu 'teknikal' untuk ia menjadi sah di sisi undang-undang.
Sedangkan hakikatnya, apa saja tulisan yang difahami oleh kedua-dua pihak dan dipersetujuai bahawa ia satu perjanjian yang mengingkat mereka dalam perkara yang dipersetujuai, maka ia dianggap sebagai satu surat perjanjian.
Surat perjanjian yang sudah lengkap itu hendak dibawa ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk di'mati' setem.
Di sini diserta satu contoh perjanjian sewaan bangunan. Anda boleh mengubahnya mengikut mana yang sesuai.
PERJANJIAN SEWAAN PREMIS
LOT 2014711 SULTAN YAHYA PETRA
15200 KOTA BHARU KELANTAN
DI ANTARA
BIDAH BIN HITAM
(000000-03-5463)
DENGAN
WALIMAN BIN WALIMON
(000000-03-5187)
PERJANJIAN SEWAAN
(UNTUK PREMIS PEJABAT DAN PERNIAGAAN)
PERJANJIAN INI DIBUAT PADA DI ANTARA PEMILIK bangunan (yang
seterusnya akan dirujuk sebagai PEMILIK) dengan WALIMAN BIN WALIMON
(yang seterusnya akan dirujuk sebagai PENYEWA).
BAHAWASANYA PEMILIK BERSETUJU menyewakan
PREMIS beralamat
LOT 2014711, Jalan Sultan Yahya Petra kepada PENYEWA seperti
nama di atas untuk selama 3 tahun mulai 01/12/2014 hingga
31/10/2015. Persetujuan ini tertakluk kepada peruntukan
syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian berikut ini:-
1. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PEMILIK tentang semua
perkara yang berikut ini:-
(a) membayar wang cagaran kepada PEMILIK sebanyak
RM6,000. Ini adalah wang cagaran termasuk dengan cagaran air dan
elektrik sebanyak RM1,000 dan dua (2) bulan sewa iaitu 2xRM2,500.
(b) sewaktu hendak meninggalkan PREMIS, sekiranya wang
cagaran ini tidak mencukupi menjelaskan lain-lain wang yang terhutang dan kena
dibayar, maka PENYEWA bertanggungjawab untuk menyelesaikannya sebelum meninggalkan
PREMIS ini.
(c) membayar kepada pemilik sewa sebanyak RM2,500 (RINGGIT
MALAYSIA: DUA RIBU LIMA RATUS SAJA) pada setiap bulan selama perjanjian ini
berkuatkuasa sama ada dengan bank in ataupun wang tunai. Sewaan ini
berkuatkuasa pada 01hb setiap bulan dan hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada
07hb setiap bulan tanpa tuntutan bil, hanya memadai dengan perjanjian ini.
(d) menggunakan PREMIS tersebut bagi menjalankan perniagaan
yang berdaftar saja.
(e) membenarkan PEMILIK memberi kuasa segera bertulis kepada
wakilnya pada sebahagian masa yang munasabah iaitu dengan memberi notis selama
satu bulan awal dengan tujuan untuk memeriksa keadaan PREMIS ataupun pembaikan
sebarang kerosakan.
(f) sekiranya terdapat sebarang kerosakan, PEMILIK akan
menyampaikan notis bertulis kepada PENYEWA dengan menyatakan apa-apa pembaikan
yang perlu dibuat dan meminta PENYEWA menyempurnakan hanya pada kerosakan yang
disebabkan oleh PENYEWA. Jika dalam masa 30 hari selepas penyampaian
notis itu PENYEWA tidak mengambil tindakan untuk menyempurnakan pembaikan yang
perlu maka PEMILIK akan melakukan pembaikan yang perlu. Segala kos
yang timbul akibat pembaikan ini akan ditanggung oleh PENYEWA dan tindakan
boleh diambil untuk menuntut kos ini.
(g) memberikan notis kepada PEMILIK sekiranya terdapat
sebarang kerosakan struktur asal PREMIS.
(h) membayar semua bil penggunaan air dan elektrik serta
telefon jika ada.
(i) mematuhi segala peraturan dan keperluan BOMBA setiap
masa.
(j) memastikan PREMIS sentiasa dalam keadaan bersih dan
selamat.
2. SELANJUTNYA ADALAH JUGA DIPERSETUJUI BAHAWA PENYEWA
(a) dengan ini dibenarkan untuk menyewakan sebahagian
daripada PREMIS.
(b) hendaklah mengendalikan PREMIS secara tersendiri tertakluk
kepada syarat yang terkandung di dalam lesen dan perjanjian ini.
(c) hendaklah memberitahu PEMILIK secara bertulis sebab-sebab
perniagan tidak dijalankan ataupun PREMIS hendak dikembalikan sebelum tamat
tempoh. Sekiranya PENYEWA gagal memberitahu PEMILIK, bayaran sewa
tetap akan dikenakan kepada PENYEWA.
(d) hanya dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian di dalam
PREMIS saja.
(e) tidak boleh melakukan atau membenarkan dilakukan di
PREMIS sebarang kelakuan atau perbuatan yang melanggar sebarang undang-undang
bertulis, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau perintah-perintah yang
dikuatkuasakan oleh PEMILIK atau kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa
berkenaan.
(f) hendaklah menaggung rugi PEMILIK tentang segala denda
atau kerugian tentang kos berkaitan dengan tuntutan, perbicaraan atau
permintaan terhadap sebarang tindakan yang tertanggung akibat pebuatan PENYEWA
atau pekerjanya dalam pelanggaran syarat-syarat perjanjian ini dan hendaklah
menanggung rugi PEMILIK terhadap semua tindakan, perbicaraan dan tuntutan
terhadap orang ataupun harta, keluarga, tetamu, pekerja, pelawat semasa berada
di dalam PREMIS sepanjang penguatkuasaan perjanjian ini.
(g) hendaklah menyerahkan PREMIS kepada PEMILIK dalam keadaan
baik semasa penamatan tempoh penyewaan ataupun penyewaan ditamatkan terlebih
awal.
(h) hendaklah keluar secara aman semasa penamatan penyewaan
dan PEMILIK mempunyai hak atas PREMIS yang telah dikosongkan.
(i) hendaklah melindungi harta benda milik sendiri,
kecederaan atau kematian disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di PREMIS dan
sentiasa menanggung rugi PEMILIK daripada segala tuntutan yang berbangkit
akibat kebakaran yang berlaku di PREMIS.
3. PEMILIK DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA akan perkara
berikut ini:-
(a) PEMILIK akan membayar semua cukai pintu dan cukai sampah.
(b) jika PREMIS ataupun bahagiannya sema ada dalam tempoh
sewaan dimusnahkan atau dirosakkan oleh kebakaran sehingga menjadikan tidak
sesuai untuk diduduki dan digunakan (kecuali di dalam keadaan bahawa kebakaran
disebabkan oleh kesalahan atau kecuaian PENYEWA atau pekerja-pekerjanya) maka
sewaan hendaklah digantung sehingga PREMIS tersebut dapat dijadikan sesuai
untuk disewakan semula.
(c) PENYEWA akan mengendalikan PREMIS pada masa penguatkuasaan
perjanjian ini tanpa apa-apa gangguan dari PEMILIK tertakluk kepada
syarat-syarat perjanjian yang terkandung ini.
4. KEDUA-DUA BELAH PIHAK ini bersetuju bahawa
(a) jika semasa tempoh sewaan terdapat sewa yang tertunggak
selama 30 hari selepas sewa itu patut dibayar (sama ada dituntut secara rasmi
atau tidak) atau sekiranya PENYEWA gagal mematuhi atau melaksanakan salah satu
syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini maka adalah sah di sisi
undang-undang bagi PEMILIK selepas itu memasuki PREMIS dan tidak menyentuh hak
PEMILIK untuk mengambil tindakan mengenai apa-apa pelanggaran syarat-syarat
perjanjian oleh PENYEWA yang akibat daripada tindakan ini segala tanggungan
terhadap sebarang kos, perbicaraan, tuntutan, permintaan dan perbelanjaan yang
mungkin timbul akan ditanggung oleh PENYEWA.
(b) ketika fasa 4(a) dilaksanakan, PEMILIK hendaklah
memastikan tidak terjadi sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda PENYEWA
yang ada di PREMIS.
(c) jika terdapat kemungkinan pelanggaran syarat seperti
terkandung di dalam fasa 1(a) - 1(j) dan fasa 2(a) - 2(i), PEMILIK boleh
menamatkan perjanjian ini dengan memberi notis tidak kurang dari tujuh (7)
hari.
(d) sekiranya PENYEWA diisytiharkan muflis maka PEMILIK boleh
menamatkan perjanjian ini.
(e) atas pemintaan bertulis oleh PENYEWA tidak kurang dari
dua (2) bulan sebelum tarikh penamatan perjanjian ini, sekiranya pada waktu
permohonan tersebut dibuat tiada sebarang pecah perjanjian atau kegagalan untuk
mematuhi mana-mana persetujuan yang terkandung di sisi yang dilakukan oleh
PENYEWA maka PEMILIK atas budi bicaranya boleh menimbangkan untuk memberi
sewaan kepada PENYEWA untuk jangkamasa dua (2) tahun lagi dari tarikh penamatan
jangkamasa yang dipersetujui di sini tanpa memperbaharui perjanjian sewa ini
dengan sewaan mengikut kadar semasa oleh PEMILIK seperti yang tertakluk dalam
semua hal yang lain pada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam
perjanjian ini.
(f ) PENYEWA boleh menamatkan perjanjian ini dengan memberi
dua (2) bulan notis bertulis kepada PEMILIK.
(g) Tiada apa-apa peruntukan di dalam perjanjian ini yang
boleh mengecualikan kuasa PEMILIK untuk menamatkan perjanjian ini lebih awal
yang pada pendangannya adalah wajar tanpa memberi apa-apa sebab dengan memberi
notis tiga (3) bulan bertulis kepada PENYEWA dengan menawarkan pampasan yang
sewajarnya.
(h) PEMILIK, pada bila-bila masa selepas tempoh kontrak ini,
boleh menaikkan ataupun menurunkan nilai sewaan bulanan PREMIS dengan memberi
tiga (3) bulan notis bertulis kepada PENYEWA. Nilai baru ini
hendaklah berkuatkuasa selepas tamat notis yang diberi tamat dan hendaklah
dianggap sebagai salah satu syart-syarat perjanjian selepas ini.
(i) masa, bila-bila tersebut dalam perjanjian ini adalah
menjadi intipati perjanjian ini.
(j) PENYEWA hendaklah sentiasa memberitahu PEMILIK sebarang
pertukaran alamat supaya notis bertulis dan arahan PEMILIK boleh
disampaikan. Sekiranya PENYEWA tidak memberitahu PEMILIK akan alamat itu
atau apa-apa pertukaran alamatnya notis dan arahan bertulis tersebut untuk
hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada PENYEWA jika notis-notis
itu dihantar kepadanya dengan pos berdaftar ke alamat yang tersebut dalam
perjanjian ini.
ADALAH KAMI DENGAN INI FAHAM DAN SETUJU
dengan kandungan perjanjian ini dan dengan ini kami menurunkan tanda tangan
masing-masing di hadapan saksi.
------------------------------
PEMILIK: BIDAH BIN HITAM
(000000-03-5463)
NO. KP: 000000-03-5463
-------------------------------------
SAKSI: KARI BIN PETAI
NO KP: 000000-03-5011
-------------------------------
PENYEWA: WALIMAN BIN WALIMON
NO, KP: 000000-03-5187
--------------------------------------------
SAKSI: TITI BIN TATU
NO. KP: 000000-03-2023
Thanks for sharing. Semoga Allah murahkan rezki saudara
ReplyDeleteTERIMA KASIH DIATAS PERKONGSIAN TUAN
ReplyDeleteTq tuan
ReplyDeletesemoga allah permurahkan rezeki tuan
ReplyDeleteDIMATI SETEM SATU SALINAN ATAU KEDUA- DUA SALINAN
ReplyDelete