Friday 20 January 2017

Rawatan urutan stimulatherapy

Kebaikan urutan stimulatherapy. Apakah dimaksudkan urutan stimulatherapy? Untuk rawatan stimulatherapy di Kelantan, hubungi Mohd Jurik Ismail 019-982 3735.

Stimulatherapy adalah sebuah modality diasaskan Datuk Dr. Rusly Abdollah yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan komplimentari.

Beliau mempelajari urutan tradisional Jawa dari neneknya, kemudian mempelajari Acupressure di Singapura dan Acupuncture di Ipoh.

Beliau giat melakukan kajian keberkesanan teknik urutan terutama urutan tradisional Nusantara. Beliau mendapati urutan tradisional Nusantara jika digabungkan dengan pengetahuan anatomi TCM (Traditional Chinese Medicines) yang bertunjangkan prinsip Yin Yang dan Body Meridian Theory akan mendatangkan kesan yang lebih positif.

Thesis kajian beliau telah dikemukakan kepada Open International University For Complimmentary Medicines (OIUCM) di Colombo, Sri Lanka.Setelah dinilai oleh panel akademik OIUCM beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh universiti tersebut.

Kemudian Datuk Dr Rusly membina sebuah modaliti integrasi Acupressure dengan Urutan Jawa lalu diberi nama baru Stimulatherapy. Modaliti baru ini telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia dibenarkan untuk pengamalan dengan syarat ditubuhkan badan pengamal yang khusus. Hasilnya tertubuhlah Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di mana Datuk Dr Rusly Abdullah menjadi Presidennya.
Atas saranan Kementerian Kesihatan sendiri, kini PESTIMAL telah bergabung pula dengan Federation of Complimentary and Natural Medical Association of Malaysia (FCNMAM).

Para pakar dari Centre For Sexual Health Research (CFSHR) University of Southampton merumuskan betapa kesihatan seksual di kalangan lelaki telah menjadi satu gejala senyap yang amat bahaya kepada kestabilan sesebuah rumah tangga.

Kajian Pusat Kesihatan Seksual Asia (PAKSA) yang berpangkalan di Hong Kong pula merumuskan bahawa 1 dari 3 lelaki dewasa di Asia mengalami tahap pertama masalah kesihatan seksual lelaki iaitu ejakulasi pra matang (Pre mature ejaculation).

Bermula dengan ‘gejala kecil’ ini akan menyusul pula masalah kegagalan ereksi penuh, yang akan membawa kemungkinan disfungsi total atau mati pucuk.

Satu kajian oleh sebuah institusi tempatan menganggarkan tidak kurang 1.6 juta lelaki Melayu mengalami satu dari tiga gejala seksual lelaki iaitu ejakulasi pra matang, ereksi tidak penuh dan mati pucuk. 

No comments:

Post a Comment