Sekeping
gambar boleh menceritakan atau mewakili 1000 patah perkataan. Dengan melihat
gambar kita boleh mengetahui banyak perkara tanpa perlu ada orang
menceritakannya. Gambar tidak menipu.
Namun,
sekarang ini macam-macam orang boleh buat terhadap sekeping gambar. Gambar
diedit dan superimpose menjadikan orang tidak mudah percaya kepada gambar yang
dilihat.
Macam-macam
orang menyalahgunakan terhadap sekeping gambar. Gambar telah dijadikan bahan
untuk fitnah dan merosakkan reputasi seseorang.
Lihat
gambar di atas. Individu yang memikul beras itu telah dituduh sengaja 'duduk'
agar paras air nampak dalam sebagai tanda 'pengorbanan' dan susah payah memikul
beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Hujah
yang menuduh demikian ialah 'berpaksikan' kepada paras air hanya takat kepala
lutut berdasarkan individu memakai jaket keselamatan itu. Mereka juga berhujah
mengatakan tayar kereta itu pun tidak tenggalam.
Jadi,
paras dada lelaki yang memikul beras itu adalah menipu atau berlakon sahaja.
Yang
sebenarnya, cuba perhatikan betul-betul. Individu memakai jaket keselamatan itu
berada dalam keadaan berhati-hati takut terjatuh. Maknanya, di bahagian sebelahnya adalah dalam.
Hal
ini tidak sukar untuk dijelaskan. Kereta itu berada di atas jalan yang sempit.
Tempat lelaki memikul beras itu adalah di dalam sawah atau bukannya di atas
jalan. Maka itu, kedalamannya adalah paras dada berbanding di atas jalan hanya
paras lutut.
Jangan
gunakan gambar untuk menghukum atau menyerang peribadi orang lain secara tidak benar.
No comments:
Post a Comment