Saturday 15 September 2018

GOUT BERPUNCA ASID URIK TINGGI

Penyakit gout adalah salah satu bentuk artritis akibat kesan pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini amat menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis". Ia telah dikesan sejak ribuan tahun lalu. 

Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, kencing manis dan darah tinggi.

Gout lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita, terutama apabila usia meningkat lebih 40 tahun.

Tanda penyakit Gout:
- Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
- Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika anggota yang terjejas digerakkan
- Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
- Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
- Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Elakkan makanan berikut:
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Kurangkan Makan makanan berikut
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Kacang tanah dan kacang panjang
- Roti jagung dan bijirin

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. Banyakkan minum air kosong untuk membantu membuang asid urid.

Penyakit gout ialah salah satu bentuk artristis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asir urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. 

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi  pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita wajib akur dengan janji dari Rasulullah saw yang mengatakan: “Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.” - (Hadis riwayat Abu Daud).

Sesungguhnya sebahagian manusia generasi silam telah menemukan penawarnya, bersumber dari alam, kurniaan Yang Maha Pencipta. Namun khazanah yang begitu berharga telah sekian lama terabai, ditinggalkan, padahal ia telah memberi manfaat yang tidak terhingga untuk sekian lama kepada manusia, khususnya bagi mengatasi masalah gout.

Kira-kira 75 peratus kes serangan pertama gout berlaku pada bahagian ibu jari kaki, kemudian merebak menyerang sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Masalah gout boleh diatasi dengan meningkatkan pengaliran darah untuk membuang asid urik. Perkara ini dapat dilakukan dengan meminum lebih banyak air dan mengambil pemakanan tambahan yang mempunyai fungsi khas untuk melancarkan pergaliran darah.

Jika tidak dirawat, penyakit gout boleh membawa maut. Jangan biarkan diri dibebani penyakit sebenarnya boleh diubati.

No comments:

Post a Comment